Adds

she's the STUPID STALKER~

pergh... hangen je rase malam2 gi ni.... rase nk sepak2 je muke pompuan yang perasan cun tu... blah la.... dok godeh2 blog orang, pastu nk kutuk2 orang plak.... gile ke... dasar POMPUAN STALKER~

kesah kasih~

Saat pertama matanya melihat dia.. hatinya tersentuh dan ingin mengenalinya dia dengan lebih dekat.. bagaikan ingin mencari sesuatu di dalam diri si dia.. cuba untuk mencari bagaimana cara untuk mengenalinya.. menyamar sebagai seorang pendatang baru di dalam hidup dia.. menjadi semakin rapat dan hati mula berubah kpd si dia.. cuba mengelak tapi tidak berjaya akhirnya memutuskan untuk berhenti mengenali si dia…
Cuba untuk berlari dari kenyataan yg hati amat terseksa apabila kehilangan si dia.. ingin cuba sekali lg utk m’hubungi dia.. akhirnya berjaya.. tetapi hati masih takut utk mempercayai jantina seperti dia.. cuba untuk mencari helah untuk mengetahui kejujuran si dia.. ujian demi ujian namun dia tetap teguh.. saat melontarkan ujian kepada dia hati semakin menyayangi dia dengan jujur dan tulus.. setelah takut untuk berterus terang terpaksa meneruskan untuk menguji si dia.. walaupun hakikatnya di hati tiada siapa yg tahu betapa bersalahnya kepada si dia.. cuba untuk berterus terang..tetapi takut kehilangan dia..
Suatu hari.. sahabat terdengar cerita bahawa saudara sahabat tersebut sudah kembali kepada si dia.. jatuh menitis air mata apabila mendengar semua itu.. sedih hati tiada siapa yg tahu.. cuba untuk lari dari si dia tetapi tidak munkin kerana terlalu menyintainya.. aidilfitri bermula.. janji kepada si dia segera di tunaikan. Kiriman besertakan pengakuan melalui lisan.. salah kerana menipu si dia.. cuba untuk lari dari si dia dengan mencari alasan.. tapi hati tiada siapa yg tahu.. perbalahan semakin menjadi perpisahan menjadi titik noktah. Sukar menerima semua itu, dia datang untuk bertemu si dia.. walaupun dalam keadaan yg sukar.. namun tetap berusaha.. menanti dengan penuh harapan di basahi hujan.. namun si dia masih keras enggan bertemu lagi.. keadaan semakin genting namun masih menunggu.. akhirnya si dia memberi pesanan untuk datang bertemu.. namun sayang.. saat itu sudah tidak berdaya.. akhirnya terpaksa pulang.. saat wuduk masih membasahi cuba menghubungi si dia..kata2 yg sedih dan memedihkan di lemparkan.. akhrnya sedari bahawa dia bukan sesiapa untuk si dia.. kehadirannya amat menyemakkan hidup si dia.. air mata dan sebak di dada terus mengalir.. hampa dan kecewa dengan si dia..lalu panggilan di matikan dan memutuskan untuk pergi dari hidup si dia.. kata2 si dia masih kedengaran higga kini.. di tikar sejadah pohon kekuatan.. moga si dia bahagia selamanya.. hatinya masih terlalu menyintai si dia.. ya allah.. lepaskan lah si dia dari hatinya… semoga si dia tidak bertemu insan seperti dirinya lagi.. maafkan dirinya wahai si dia…


dari saya untuk AWAK~

Awak..saya tahu mata saya tak lawa
Tapi saya mampu lihat senyuman awak..
Awak..saya tahu senyum saya tak manis
Tapi saya cuba tenangkan awak..
Awak..saya tahu jari saya tak lembut
Tapi saya akan tetap belai awak..
Awak..saya tahu kaki saya tak pantas
Tapi saya masih seiring dengan awak..
Awak..saya tahu suara saya tak sedap
Tapi saya ada lagu untuk awak……
Awak nak dengar?
Tapi, awak….
Saya minta maaf…
Saya tak boleh nyanyi untuk awak…
Seiringan dengan awak…
Sambil belai rambut awak…
Senyum untuk awak…
Renung wajah awak…
Sebab saya dah takde disisi awak lagi…
Saya tahu awak sedar…
Sebab saya nampak…
Mata awak tak lagi tersenyum…
Bila tatap gambar saya…
Suara awak tersekat-sekat…
Sambil mengusap gambar saya…
Langkah kaki awak tak sepantas dulu…
Bila awak menghampiri jasad saya...
Awak…
Jangan menangis…
Saya ada…
Saya tunggu awak di sana…
Walaupun saya tak sempat nyanyi untuk awak…
Awak genggamlah cebisan lirik ni…
dari SAYA untuk AWAK~

“Hatimu ku tahu
 Jauh di sana aku menunggu…”

“Jangan terus sayu
 Sinar senyummu tenangkan aku…”

Awak…
Saya pergi dulu…
Saya sayang awak…
Assalamualaikum.


owh.... panasnye cuaca~

CUACA panas dan kering yang melanda negara sejak awal tahun ini dilaporkan bakal menjadi lebih terik apabila kedudukan fenomena matahari berada tegak di garisan Khatulistiwa dengan tempoh siang dan malam di hemisfera selatan serta utara hampir sama berlaku pada 21 Mac ini.

Keadaan panas itu menyebabkan keadaan terik baik di utara tanah air manakala di beberapa kawasan di Johor menyaksikan catuan air akibat paras air sungai yang merosot.

Apapun, anda perlu berhati-hati dengan keadaan cuaca panas melampau ini yang boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan andai tidak membuat persiapan menghadapinya.

Bagi sesetengah orang terutama yang berada dalam kumpulan berisiko seperti warga tua, bayi dan kanak-kanak selain mereka yang berhadapan dengan masalah jantung dan tekanan darah tinggi, cuaca panas melampau boleh membawa kepada komplikasi kesihatan lain.

Antara risiko cuaca panas melampau adalah masalah dehidrasi iaitu kehilangan air daripada tubuh juga mineral lain dalam darah seperti potassium dan sodium yang berperanan dalam fungsi organ iaitu ginjal, otak dan jantung.

Malah ramai yang tidak tahu, masalah kehilangan air atau dehidrasi juga boleh menyebabkan kekeliruan, kelesuan selain menjejaskan pernafasan dan denyut nadi.

Dalam keadaan normal, peluh yang terhasil apabila kita panas membantu menyejukkan tubuh apabila ia tersejat di permukaan kulit. Bagaimanapun, jika hari terlalu panas, terlalu berpeluh akan menyebabkan sistem ini gagal. Suhu tubuh berpotensi meningkat ke tahap yang bahaya.

Ia boleh menjadi punca berlakunya keletihan atau kepanasan melampau. Malah boleh menyebabkan sakit kepala, pening dan kejang otot.

Bagaimana untuk mengelakkan masalah ini?

1) Minum banyak air

Disebabkan anda kehilangan air dalam tubuh, anda juga perlu menggantikannya semula. Dalam keadaan biasa, seseorang yang memiliki berat badan 58 kilogram sepatutnya meminum lapan gelas air sehari. Iaitu berdasarkan peraturan biasa, untuk setiap 0.9 kilogram berat badan, anda memerlukan 28.4ml air.

Bagaimanapun, dalam cuaca yang panas, pengambilan air patut ditingkatkan. Sebaiknya nikmati air suam atau mungkin jus buah-buahan tetapi bukan minuman berkarbonat. Minuman berkarbonat atau alkohol hanya akan membuatkan anda kehilangan lebih banyak cecair dalam badan. Minuman ais juga sepatutnya dielakkan kerana ia boleh menyebabkan kekejangan pada perut.

2) Ubahsuai diet anda

Elakkan makanan pedas atau berat. Makanlah makanan sejuk terutama salad atau buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi.

3) Rasional dalam melakukan senaman

Jangan bersenam atau beriadah pada waktu petang yang panas. Anda mungkin boleh memilih waktu lain yang lebih sesuai.

4) Pilih pakaian yang sesuai

Pastikan anda memakai baju dengan warna-warna terang, longgar dan diperbuat daripada kain kapas. Baju berwarna gelap menyerap haba.

5) Elakkan perangkap haba

Parkir kereta anda di kawasan yang tertutup. Kalau boleh berada dalam kawasan berhawa dingin. Jika perlu keluar dari pejabat atau rumah, pastikan anda sentiasa membawa air.

Fakta
Kesan haba panas pada tubuh

# 20 darjah Celcius - selesa, denyut nadi normal.

# 25 darjah Celsius - peluh biasa.

# 30 darjah Celsius - Ketidakselesaan.

# 40 darjah Celsius - Kepanasan melampau, berpeluh, denyut nadi pantas, letih.

# 45 darjah Celsius - Kepanasan melampau, peluh terhenti, panas dan kulit kering. 

kesimpulannya, minum air masak banyak2..;)




warkah si ibu~

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar karena mengandungmu
Maka ibu akan memilih mengandungmu…
Karena dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah

Sembilan bulan nak,… engkau hidup di perut ibu
Engkau ikut kemanapun ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak karena kebahagiaan
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman, karena ibu kecewa dan berurai air mata…

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus operasi caesar, atau ibu harus berjuang melahirkanmu
Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu
Karena menunggu dari jam ke jam, menit ke menit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu surga
Karena kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia sangat ibu rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum di antara peluh dan erangan rasa sakit,
Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapapun

Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan adzan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah, atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu,
Maka ibu memilih menyusuimu,
Karena dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan titisan-titisan dan tegukan tegukan yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu di dada ibu dalam kantuk ibu,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu

Tetapi anakku…
Hidup memang pilihan…
Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak…
Maafkan ibu…
Maafkan ibu…
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,
Agar tidak ada satu keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak…
Sepi dan ranamu adalah sebagian duka ibu
Percayalah nak…
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu…

::Pengorbanan ibu tidak akan dapat dibalas,
::Pengorbananmu membolehkan aku bernafas di dunia ini,
::Pengorbananmu juga membolehkan aku mengenal erti hidup di dunia dan akhirat,
::Pengorbananmu sangat tinggi wahai Ibu,
::Mampukah aku menjagamu seperti Ibu menjaga diriku sewaktu kecilku,
::Mampukah aku menyempurnakan hajatmu Ibu sebagaimana Ibu menyempurnakan hajatku,
::Ibu, aku cuba untuk menjadi anak yang dengar kata-katamu wahai Ibu,

Sayangilah ibu anda sekalian kerana pengorbanan mereka sgtlah besar..i love u mum..


Let's talk about L.O.V.E~

1.To My Friends Who Are SINGLE...

Love is like a butterfly. The more you chase it, the more it eludes you. But if you just let it fly, it will come to you when you least expect it. Love can make you happy but often it hurts, but love's only special when you give it to someone who is really worth it. So take your time and choose the best.

2.To My Friends Who Are NOT SO SINGLE...

Love isn't about becoming somebody else's "perfect person". It's about finding someone who helps you become the best person you can be.

3.To My Friends Who Are PLAYBOY/GIRL TYPE...

Never say "I love you" if you don't care. Never talk about feel ings if they aren't there. Never touch a life if you mean to break a heart. Never look in the eye when all you do is lie. The cruellest thing a guy can do to a girl is to let her fall in love when he doesn't intend to catch her fall and it works both ways.

4.To My Friends Who Are MARRIED...

Love is not about "it's your fault", but "I'm sorry." Not "where are you", but "I'm right here". Not "how could you", but "I understand". Not "I wish you were", but " I'm thankful you are here".

5.To My Friends Who Are ENGAGED...

The true measure of compatibility is not the years spent together but how good you are for each other.

6.To My Friends Who Are HEARTBROKEN...

Heartbreaks last as long as you want and cut as deep as you allow them to go. The challenge is not how to survive heartbreaks but to learn from them.

7.To My Friends Who Are NAIVE...

How to be in love: Fall but don't stumble, be consistent but not too persistent, share and never be unfair, understand and try not to demand, and get hurt but never keep the pain.

8.To My Friends Who Are POSSESSIVE...

It breaks your heart to see the one you love happy with someone else but it's more painful to know that the one you love is unhappy with you.

9.To My Friends Who Are AFRAID TO CONFESS...

Love hurts when you break up with someone. It hurts even more when someone breaks up with you. But love hurts the most when the person you love has no idea how you feel.

10.To My Friends Who Are STILL HOLDING ON...

A sad thing about life is when you meet someone and fall in love, only to find out in the end that it was never meant to be and that you have wasted years on someone who wasn't worth it. If he isn't worth it now he's not going to be worth it a year or 10 years from now. Let go.

11.TO ALL MY FRIENDS...
My wish for you is a man/women whose love is honest, strong, mature, never changing, uplifting, protective, encouraging, rewarding and unselfish.





cantik x header saye~

huhu... cantik x blog saye??? i mean header tu la..... cantik kn?? nk tau sape yang buat?? mestila saye.... hahaha..... mestila saye tipu je.... actually i tempah header ni kat sowg gurl yang sangat chumel..... di beri nama myravea.... jom2 ramai2 tempah kat dia... korang ley design nk cmane, t die wat kan.... huhu.... t klu tbe2, trase nk tukar header, akan segera calling2 die utk tempah.... huhu...
TQ sangat3, miss myravea~ click name die ni kalau nk tempah~

cek jantina laptop anda~

Jgn xtau.....laptop pun ada jantina...
so, nak tahu tak jantina laptop yg selalu dingadap tiap2 hari tu? jantan ke betina....hehehehehe

buat je step kt bwh ni...

1. Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad:CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

2. Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti).
    Save as =  love u.vbs

3. Close notepad apabila habis save. Then double click file td (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u."

Cuba dengar btul2 suara "i love u" tu....suara lelaki ke perempuan?
Kalau dengar lelaki maknanya laptop korang tu jantan dan begitu le sebaliknya....

Enjoy! blh wt korg gelak tau.... saje nk korg segarkn mata2 yg kuyu dh tu...hehehe


p/s: korg leh ubah i love u tu pda ayat len.. nak mncarut pn bole.. nak puji diri pn bole. xda hal lah!
       Laptop saye lelaki... alhamdulillah.... haha.

pepatah mengarut, bukan mencarut tau~

1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah

2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan

3. Tiada rotan, pelempang berguna juga

4. Biar lambat asalkan tak cepat

5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi

6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula

7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar

8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock

9. Secupak takkan jadi 18 cupak

10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit,

manusia mati meninggal dunia

11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.

12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap

13. Alang-alang mandi biar guna sabun

14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras

15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun

16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... bisu

17. Hidup segan, mati di tanam

18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa

19. Lembu punya susu cap teko dapat nama

20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis

21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail

di laut (beli la pukat tunda lagi baik)

22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa

23. Membujur lalu melintang pukang

24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik

hari tak hujan

25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut

26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili

27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh belah

lelaki VS perempuan

1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;

9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.

10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal 2 pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.

Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.


CPR~

pergh... tension rase.... mule2 datang utk kerja pagi, tapi, di sebabkan orang yang sepatutnye g kursus cpr tu EL, emergency leave, terpaksa la saye jadi bidan terjun g kursus tu.... nk mara pun ade... tp xpe la... dapat ilmu free, xkan nk mara plak... hahahaha..... g je la... sampai situ, tengok semua pakai t shirt biase je, saye sorang special pakai uniform... wuuu... nk meleleh air mata tau x!!!
tapi saya tabahkan hati, layankan aje.... huhu... kat kursus ni, diorang ajar cara baru cpr.... kalau sebelum ni, care die mcm ni :
senario : seorang pak cik tibe2 dapat heart attack ketika berjoging di tengah jln, die pengsan n xsedar diri~
  1. D- danger, tgk sekeliling selamat ke x.... jangan la buat kat tengah jalan, t kene langgar kete plak...
  2. R-response, tgk die bernafas ke x... tepuk bahu die sambil jerit "pak cik, ok ke?? sumone please call ambulans de orang xsedar diri"
  3. A-airway, head tilt chin lift kan pak cik tu..
  4. B-breathing, buat look listen and feel, tengok die bernafas ke x... bagi 2 rescue blow..
  5. C-circulation, cek nadi pesakit, kalau xde nadi, mulakan tekanan dada...
tu dulu punye ar... sekarang ni, da ade yang terbaru... meh nak ajar ckit.....
senario: same je macam kat atas...

  1. D- danger, same la mcm yang atas.....
  2. R- response, tepuk bahu pak cik dan jerit " heloo2, pak cik okey ker???"
  3. H-HELP, jeritkan " seseorang tolong telefon 999, mintakkan ambulans bawakkan AED sekali "
  4. A-airway, same gak macam yang kat atas tu.
  5. B-breathing, mase buat head tlt chin lift tu, terus je tengok dada pak cik tu, samade ade ke pergerakan dada yang menunjukkan die bernafas.. xpyh nak buat look listen n feel...
  6. C-circulation, ble tengok da xde pernafasan, xpayang nk cek2 nadi, cmfirm xde ataupun lemah gle.... korg terus je start CPR......
  7. buat CPR smpi penat gile, ambulans da sampai, atau pak cik tu da terbatuk sedar

tu ape yang kitorang blajar pada waktu pagi.. tgahari nye, chenta hati saye antarkan baju utk saye salin.. wee... sayang chenta hati saye sangat3 tau... maceh dear... petang tu, ade test... cpr test.. dup dap dup dap jantung ni... tp Alhamdulillah.. lulus dengan cemerlang, dengan markah 19/20... hahahaha... n dapat tawaran utk jadi BLS instructor.. wuhuu~ xpercaya saye... bidan terjun yang berjaya~

sebelum dan sesudah~

CINTA : (sebelum kahwin) 
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin) 
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.


KASIH : (sebelum kahwin) 
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin) 
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.


SAYANG : (sebelum kahwin) 
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
 S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :(sebelum kahwin) 
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin) 
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa...

nak buat macam mana? Renungkan la..


warkah buat ADAM~

Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Wahai Adamku... Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. 
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.

Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.

Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku.
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam,
nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.
Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.
Dimana perginya keadilanmu?

Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam.. Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.
Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.
Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.

Maafkan aku sekali lagi Adam... 
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.
Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.
Waspadalah Adam... Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...
Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta... tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...
Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu..