Adds

pesanan untuk hawa~

Hawa,

Andai engkau masih bujang,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu.
Andai engkau sudah bersuami,
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu.
Andai engkau seorang ibu,
didiklah anakmu shingga dia x gentar memperjuang ad-din Allah.


Namun Hawa,

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu.
Ingatlah akan janji Allah – wanita yang baik untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dgn lelaki yg bukan mahram,
kerana dikhuatiri dari mata akan jatuh ke hati,
lalu lahir sekuntum senyuman,
tercetusnya salam perkenalan,
dan disusuli pula dengan pertemuan berikutnya…
takut akhirnya wujudlah nafsu kejahatan yang menguasai diri...


Ingatlah wahai hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat kepada paras rupa.
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya.
Lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,
kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.


Yakinilah wahai hawa,

Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaq dan peribadinya.
Lelaki yg beriman akan memilih wanita yg kuat pegangan agamanya.
Lelaki yang soleh tidak menginginkan pertemuan
dengan wanita yang bukan mahramnya,
kerana dia takut ianya akan memberi kesempatan kepada syaitan
untuk menggodanya serta melemahkan imannya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta,
kerana dia tahu apa matlamat dlm sebuah pertemuan lelaki & wanita,
yakni sebuah perkahwinan…


Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu,
Awasilah auratmu,
Peliharalah akhlaqmu,
Kuatkanlah pendirianmu!


Usah bersedih wahai Hawa,

Andai ditaqdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi
dan menyinari kekosongan jiwamu.
Biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu
yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu,
dan cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga
yang mendatangkan kebahagiaan buat dirimu.


Pesanku buat Hawa,

Cintailah Allah di kala susah dan senang,
kerana kau akan memperolehi cinta
daripada insan yang juga menyintai Allah...
Cintailah kedua ibu bapamu,
kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah…
Cintailah ahli keluargamu,
kerana kau takkan jumpa cinta bahagia selain dari cinta keluarga… 

#####################################


Ya Allah, peliharalah diriku…
Juga seluruh kaum hawa yang bergelar Muslimah…
Janganlah sesekali tangan yang mampu menggoncangkan dunia ini
Disalahgunakan untuk menggoncang iman para lelaki...




beza cinta, sayang, minat dan suka~

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )



Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…



ngengade vs manje~

ANDAINYA wanita tahu, lelaki juga boleh menjadi begitu senstif dan prihatin, tentu wanita boleh bersimpati pada sesetengah lelaki yang yang desperate untuk disayangi. Lelaki memang kelihatan selamba, tapi hati lElaki mudah tersentuh oleh perlakuan wanita terhadapnya. Cumanya lelaki pandai menyembunyikan perasaan itu berbanding wanita yang selalunya mudah sekali menterjemahkannya dalam bentuk air mata.

JIKA seseorang lelaki mula hendak menyukai seseorang wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Pada pandangan lelaki, wanita yang sebenar-benarnya wanita ( berbudi bahasa halus dan kesopananya tinggi ) sudah cukup untuk menyatakan betapa dia begitu terpikat. Cuma kadang-kadang lelaki lebih suka mengambil kesempatan terhadap wanita daripada benar-benar berlaku jujur. Lelaki memang berbangga jika dia berjaya menawan hati-hati wanita, tetapi dia tidak selalunya mahu kesemuanya. Mana-mana yang menang nanti itulah pilihan terakhirnya.

LELAKI sejati sangat mendambakan seorang wanita yang berbudi tinggi dan kesopanan yang memikat. Insan lelaki buasanya jujur apabila hatinya seratus peratus terpikat dan berkata " Ya, aku amat meminati wanita ini," dan akan sangat kecewa atkala misinya itu gagal. Daripada sinilah lelaki akan menjadi begitu sampai hati,kejam,hati batu,buas,liar dan lain-lain yang seangkatan dengannya.

KELEMAHAN lelaki selalunya pada kebolehan mengetahui perasaan sebenar apa yang dirasakan oleh wanita. Kadang-kadang tatkala wanita itu menangis akibat perlakuannya, dia boleh tertawa. Namun, lelaki lahir dengan perasaan yang amat kuat terhadap wanita. Tidak hairan, mereka suka lihat wanita tidak kira cantik ataupun tidak, isteri orang mahupun anak dara. Lelaki tidak segan-segan menjeling wanita dan sanggup memakai cermin mata hitam di kolam renang.

LELAKI juga seperti wanita. Apabila pertama kali dia hendak menyatakan perasaannya terhadap wanita yang disukainya, dia gelisah. Dia mereka skrip yang akan diperkatakannya berhari-hari. Dia tidak lena tidur dalam mereka ayat pertama yang akan diucapkannya terhadap wanita yang benar-benar telah menvuri hatinya itu. Dia khuatir apa reaksi wanita itu apabila mendengar kata-kata keramatnya nanti. Dan lelaki amat takut ditertawakan, atau tidak dipedulikan setelah dia berusaha keras mereka skrip itu.

MEMIKAT wanita yang disukai adalah satu perjuangan maha hebat bagi seorang lelaki. Setelah dia berjaya dalam perjuangannya itu, sesetengahnya akan dikaburi oleh kesukaan-kesukaan lain terhadap keistimewaan-keistemawaan yang terdapat pada wanita lain. Disinilah bermulanya kecurangan seorang lelaki terhadap pasangan.

RAHSIA lelaki adalah pada air mata wanita. Kebanyakan lelaki cukuo lemah berdepan dengan situasi begini. Dia mudah tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata adalah senjata wanita yang paling ampuh.

TIADA seorang lelaki pun yang sempurna sepenuhnya melainkan Nabi s.a.w. Oleh itu, anda janganlah terlalu mengharap yang terbaik dari insan bernama lelaki ini. Mereka penuh dengan kekurangan tetapi dalam masa yang sama menyangka diri mereka serba sempurna. Di situlah bermulanya ego seorang lelaki. Dalam berdepan dengan lelaki carilah kelemahan-kelemahannya. D isitulah suisnya untuk menguasainya. Kebanyakan lelaki lemah tatkala disebut tentang ibunya. Gunakanlah kesempatan ini untuk mengawal lelaki yang trlupa tentang tanggungjawabnya terhadap anda.

TAPI INGAT, lelaki paling tak suka dengan perangai yang mengada-ngada tetapi lemah jika bermanja-manja. Fahami apa yang dikatakan mengada-ngada itu   dan bagaimana pula dikatakan bermanja-manja. Anda akan dapat segalanya jika pandai bermanja-manja dan pasti menerima hadiah 'luar biasa' jika asyik mengada-ngada.


erm... daku ni tergolong yang mane erk??? nk kene tanye my chenta hati ni... huhu...mesti di jawab mcm ni~
mcm kat bawah ni~

jatuh cinta lagi... lalalala~

ahlahmak....... hari ni daku di propose oleh seseorang yang daku minati sejak 2 tahun yang lalu... uish... lame tu... mule suke kat die mase minggu koir.... die jd conductor koir x ray yg smart gile la... hahaha... hati tengah suke n bunge kan waktu tu.... rase macm die la di most handsome boy in da world tau... dengan badan yang agak2 lembut, muke yang ala2 garang, n bibir ala angelina jolie you, telah membuatkan hati kecil ku yang gatai ni berdegup kencang. dup dap dup dap.... hahaha... n sekarang budak tu, ajak daku ni jadi girlfriend die.. nak pengsan rase.. auww~ gatal nye daku.... hahaha... huh... ule2 dia kate nk jadi kan daku gurl die, n nk bg daku mase utk fikirkan samade nk trime die ke x, daku ni, yang dah sah2 gatai, xpyah nk amek mase, trus approved jerk... hahaha... now, sah la daku menjadi couple si die.... nk tau sape chenta hati ku itu?? ini lah die~
chenta hati ku
nama die : MOHD IRWAN BIN ITHNAIN
umur die : 23 tahun..
kerja die : ngah tggu posting utk jd sorg RADIOGRAPHER~

comel x die??? comel kan... kan.... kan....

jom kite belajar BAHASA C~

Cerita yg bermula dengan huruf C:
Copot cahabat ciput Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik. ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput.
Cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah.
cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot cilau.
cahaye cerah cube culik copot. Ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat camba copot cebelum cehaye cerah cempat culik copot.
copot cangat cuak came. ciput came copot cepat-cepat cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi. ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahaye cerah cucah cari ciput came copot. ciput cakap came copot, “chuuu… chuuu…cenyap… cenyap copot… “. copot cambung cakap, “copot cudah cenyap…ciput cenyap camelah… “. celepas cejam, cahaye cerah cudah chow cebab
cucah cari ciput cape copot.
ciput came copot cangat cuke cebab cahaye cerah cudah chow. copot cenyum cambil cakap, “copot cayang ciput cebab ciput celamatkan copot… “. ciput cenyum cambil chow came copot… Caja cuka cuka.
CECIAN, CIMA CACIH



huh.. gile rase nk membace.... terpusing2 lidah ni mcm mata GARY~