Adds

CPR~

pergh... tension rase.... mule2 datang utk kerja pagi, tapi, di sebabkan orang yang sepatutnye g kursus cpr tu EL, emergency leave, terpaksa la saye jadi bidan terjun g kursus tu.... nk mara pun ade... tp xpe la... dapat ilmu free, xkan nk mara plak... hahahaha..... g je la... sampai situ, tengok semua pakai t shirt biase je, saye sorang special pakai uniform... wuuu... nk meleleh air mata tau x!!!
tapi saya tabahkan hati, layankan aje.... huhu... kat kursus ni, diorang ajar cara baru cpr.... kalau sebelum ni, care die mcm ni :
senario : seorang pak cik tibe2 dapat heart attack ketika berjoging di tengah jln, die pengsan n xsedar diri~
  1. D- danger, tgk sekeliling selamat ke x.... jangan la buat kat tengah jalan, t kene langgar kete plak...
  2. R-response, tgk die bernafas ke x... tepuk bahu die sambil jerit "pak cik, ok ke?? sumone please call ambulans de orang xsedar diri"
  3. A-airway, head tilt chin lift kan pak cik tu..
  4. B-breathing, buat look listen and feel, tengok die bernafas ke x... bagi 2 rescue blow..
  5. C-circulation, cek nadi pesakit, kalau xde nadi, mulakan tekanan dada...
tu dulu punye ar... sekarang ni, da ade yang terbaru... meh nak ajar ckit.....
senario: same je macam kat atas...

  1. D- danger, same la mcm yang atas.....
  2. R- response, tepuk bahu pak cik dan jerit " heloo2, pak cik okey ker???"
  3. H-HELP, jeritkan " seseorang tolong telefon 999, mintakkan ambulans bawakkan AED sekali "
  4. A-airway, same gak macam yang kat atas tu.
  5. B-breathing, mase buat head tlt chin lift tu, terus je tengok dada pak cik tu, samade ade ke pergerakan dada yang menunjukkan die bernafas.. xpyh nak buat look listen n feel...
  6. C-circulation, ble tengok da xde pernafasan, xpayang nk cek2 nadi, cmfirm xde ataupun lemah gle.... korg terus je start CPR......
  7. buat CPR smpi penat gile, ambulans da sampai, atau pak cik tu da terbatuk sedar

tu ape yang kitorang blajar pada waktu pagi.. tgahari nye, chenta hati saye antarkan baju utk saye salin.. wee... sayang chenta hati saye sangat3 tau... maceh dear... petang tu, ade test... cpr test.. dup dap dup dap jantung ni... tp Alhamdulillah.. lulus dengan cemerlang, dengan markah 19/20... hahahaha... n dapat tawaran utk jadi BLS instructor.. wuhuu~ xpercaya saye... bidan terjun yang berjaya~

sebelum dan sesudah~

CINTA : (sebelum kahwin) 
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin) 
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.


KASIH : (sebelum kahwin) 
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin) 
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.


SAYANG : (sebelum kahwin) 
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
 S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :(sebelum kahwin) 
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin) 
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa...

nak buat macam mana? Renungkan la..


warkah buat ADAM~

Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Wahai Adamku... Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. 
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.

Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.

Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku.
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam,
nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.
Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.
Dimana perginya keadilanmu?

Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam.. Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.
Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.
Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.

Maafkan aku sekali lagi Adam... 
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.
Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.
Waspadalah Adam... Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...
Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta... tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...
Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu..