Adds

HARGAILAH JURURAWAT...

salam... suke gila rasanya bila buka paper metro ade email dari sorang student nurse ni tentang jururawat... meh nak share dengan semua apa yang terkandung dalam email tu...

MUNGKIN agak terlewat untuk saya mengucapkan selamat Hari Jururawat yang disambut pada 12 Mei lalu.

Namun, ada perkara yang menarik untuk dikongsi mengenai dunia jururawat bersama masyarakat pada hari ini. 
Pernahkah anda terfikir untuk menjadi jururawat? Marilah kita luangkan masa sedikit untuk menjadi seorang jururawat. Amat mudah. 

Pertama sekali, sekiranya anda sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata yang baru dilahirkan, cuba anda bertanya kepada si ibu atau si ayah, sama ada susah atau senang untuk menukar lampin anak pada setiap hari tidak kira siang dan malam.
Kedua, andai kita masih mempunyai kedua-dua ibu bapa, tanyalah pada diri anda andai mereka lumpuh dan tidak berdaya untuk melakukan kerja, di manakah anda pada waktu itu dan apakah yang akan anda lakukan?

Bagaimana anda akan melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang anak? 
Mudahkah kita menjaga seseorang yang lumpuh? 

Ketiga, anda seorang lelaki yang gagah perkasa, namun berapa ramai yang gagah bila melihat darah, berapa ramai lelaki di luar sana yang bersedia melihat mayat setiap hari? 

Beranikah anda sebagai lelaki sejati merawat pesakit yang 90 peratus nyawa mereka berada di tangan anda. 

Andaikan pemergian mereka sudah ditakdirkan, namun anda dipersalahkan oleh ahli keluarga pesakit, bersediakah anda? 

Lelaki sememangnya mahir menggunakan mesin, tapi adakah mudah merawat manusia, di antara mesin dan nyawa manusia, yang manakah lebih bernilai? 

Senario di atas hanyalah 1/100 daripada tugas seorang jururawat. 

Pernahkah anda terfikir betapa sukarnya bekerja sebagai jururawat? 

Kerja empat orang, jaga 40 orang dengan pelbagai ragam pesakit. 

Doktor bagi arahan saja, yang buat kerja jururawat. Kalau anda tidak percaya pergilah melawat. 

Pesakit tahu buat aduan tapi tidak pandai berterima kasih. 

Mereka menyelamatkan banyak nyawa, namun orang tidak peduli. 

Jururawat bermasalah hanyalah seorang dua, tapi jangan dihukum 80,000 orang jururawat yang lain. 

Jururawat dikritik, namun tidak pernah dengar jururawat mengkritik. 

Tiada waktu rehat diperuntukkan dalam waktu bekerja, namun mereka tetap bekerja sepanjang masa. 

Takut dikritik masyarakat kerana jururawat tidak buat kerja, sedangkan mereka hanya berehat sekejap saja. 

Bekerja lebih masa adalah perkara biasa, kalau tidak percaya tengoklah kad perakam masa. 

Bukan semua dapat tuntut elaun kerja lebih masa, banyak alasan, banyak masalah birokrasi. 

Jururawat hanya tahu bekerja, tetapi mereka masih tidak peka hak mereka sendiri. 

Orang kata kalau tidak tahan bekerja jururawat, berhenti saja. 

Tapi orang lupa, jururawat manusia biasa, yang mempunyai hati dan jiwa, mempunyai anak-anak dan keluarga. 

Anak-anak di rumah juga perlu dirawat dan dijaga. 

Kalau semua jururawat berhenti, bersediakah anda menjadi pengganti? 

Bolehkah hospital beroperasi? Tanyalah diri tanyalah dengan seikhlas hati. 

Masyarakat takut penyakit berjangkit, tetapi jururawat sentiasa terdedah dengan pelbagai penyakit. 

Menjaga pesakit banyak tekanan, tapi ramai orang buat tak perasan. 

Kerja mereka sungguh luar biasa, tapi orang pandang biasa saja. 

Jagalah kebajikan mereka, janganlah sampai mereka berhijrah ke luar negara mencari kerja, kelak kita tidak cukup pekerja. 

Jangan pandang sebelah mata bakti mereka, kerja mereka sungguh mulia. 

Mereka tidak pandai berkata-kata, cuma tahu bekerja. 

Mereka simpan di dalam hati, entah sampai bila boleh didengari. 

Kerja mereka sungguh mulia. Tiada jururawat hospital tidak akan berfungsi. 

Apakah kebajikan mereka sekarang ini sudah mencukupi? 

Hargailah jasa mereka. 
___________________________________________
nak tahu lebih lanjut???cer kelik sini....

 

kurus.... kurus.... kurus....

aduh.... berat badan da semakin meningkat ni.... tidak seiring dengan umur nampaknya.... hahaha....... camane ni... hujung tahun da nak kawen... sempat ag tak nk kuruskan badan ni..... erm.... sempat kot... sekarang pn, dengan teknik sendiri punye reka, da hilang sekilo da seminggu... weehee... target nk hilangkan 2 kilo seminggu... cheewah.... nk tau camane??? meh nak share meh....
tapi kan, kalau boleh, xnak la die yo-yo... tau pe maksud tu?? diet yang kejap berat turun, and then naik balik... aish... xmo la camtu.... ape2 pn, sebenarnye ada banyak jenis diet kat dunia ni, antaranye:


Diet Detox: aduh... diet yang paling tak ngam ar.... kene tinggalkan makanan yang lain2 tapi kene bertahan makan buah, sayuran or jus kurus tu je... pegh.... xboleh langsung... jadi lagi lapar tau tak... and last2 jadi makin kuat makan and jadi makin chubby... owh nooo~


Diet Protien: hahaha... diet yang ni bagus... sebab hampir berjaya... hampir je la... tak berjaya pun... sebabye, diet ni kene makan ayam yang tanpa kulit or ikan sahaja, daging merah tidak termasuk okay, coz banyak lemak....erm... memang boleh dengan diet ni, tapi kalau sehari dekat sekor ayam makan, camane nak kurus... hahaha

DIET EPAL 
hah... yang ni la yang sedang di amalkan sekarang.... ngee~ so far okay la... tak lapar sangat and berat pn insyaAllah akan turun....
SARAPAN: sebiji epal dan sekeping hashbrown

Snek 10.00 pagi: Jus Epal 

Lunch: Jus Epal + mee hun sup + sebiji epal

Snek Pukul 3: Jus Epal 

Makan Malam 6.30 ptg: Protien ( 1 pcs of Ikan/ Ayam ) 

10 malam sebelum tido:Jus Epal Hijau 

* Minum air masak al least 3 liter satu hari. 

Jus epal ni harus di buat sendiri, bukan yang dibeli di super market. Yang jus dah siap tu tinggi kandungan gulanya. Minum dengan terus setelah di blend, tak perlu tapis sebab fibernya yang akan buat kita rasa kenyang.Kalau kata kerje, takkan nak bawa blender kan? So bawa ajerla epal. Jangan lupa minum air banyak-banyak. Emm.. Cubalah... Murah dan berkesan. Saya suka beli epal banyak2 di Tesco. lebih2 lagi my chenta hati pun tolong support belikan... Selalu beli supply untuk seminggu, tak lebih RM 20 pun. Kalau nak beli jus diet mahal2, 10 paket sampai beratus-ratus.And then tak kurus lepas tu marah2.

Ya, berkesan utk sesiapa sahaja, lelaki atau perempuan. Sesiapa yang salahkan facebook badan dia jadi gemuk, ya, sila la bawa epal ke opis anda dan gantikan snek-snek kentang@twisties dengan epal..

YA ALLAH......

hahaha... salam sume.... lame gile kot cik chubby tak update blog... why hah??? ini kerana cik chubby sangat2 sibuk dengan program 5s kat dalam wad cik chubby.... 5s.. ape ntah.... tak ingat plak pe benda nye.... hahaha..... tp yang pasti, cik chubby nk tambah yg ke 6.... iaitu, sepahkan balik... hahaha... kemas gile2, esok datang, da sepah balik..... nyampah je rase... tapi nk buat camane... da tugas nye macam tu... hahaha.... anyway... sowry all sebab lame tak update blog ni.... hehe