Adds

my BUFDAY~

yeay.. ari ni genabla umur ku mencecah 21 tahun.... da 21 da mak cik ni hah.... igtkn baru nak masuk 12 tahun.... anyway, hari ni bufday kite di sambut dekat bilik POP room HKL~... sebabnye ngah praktikal... thanks to kawan2 group yg celebrate my bufday... terharu sangat2 tau.... sedangkan ni la pertama kali kami di groupkan sekali... kire nye, xpenah bekerjasama la walaupun apa yang penting, kerja sama! hahaha... tq sgt2 to fiza, a'en, dayah, kiah, ana, n MA2 yg ade kat situ... tq sgt... ni la mase praktikal yng xkan di lupakan... chheeewwaah~
ni la kek nye.... tu name kite ade tu... IRA~

mase potong kek... senyum, jgn xsenyum~

MA Jamal pn nk interframe, tp xsempat...

hahaha... pape pun terima kasih sangat2 kat kawan2 yg satu group praktikal waktu clinical posting kat POP ROOM HKL..... kenangan ni akan di abadikan dlm ingatan ku....

kuar makan2 dengan kawan2~

yeay.... salam sume... hari ni kite kuar makan2 dengan kawan2 tau.... nak tau makan kat mana?? kat pizza hut.... kitorang saje je nk rase pizza baru ni... piza ape erk?? cheesy bite.. yummy... sedap gila kot walaupun kita ni xminat keju... hahaha... tempat biasa yang kitorang akan pegi utk makan2 adalah THE STORE BANDAR BARU SG BULOH.. mana lagi tempat yang ade... situ je la... tu pun da cukup sedap da.... huhu... g jalan ngan LEW, IRDA, dan NG... tunggu wana, xsampai2 pun... sadis2... kitorang pun makan la sesame kami je.... g la pizza hut n rasailah keenakkannye.... (promote pizza plak)

kite, lew, irda dan ng.... sayang kowang tau~

cheesy bite yg yummy~
favourite order, chicken supreme~


di buli oleh LEW XIAU HUI~

apekah yang berlaku disini?~~

prostar~

huhu.. hari ni kite kene g kem prostar~ program sihat tanpa AIDS untuk remaja.... program ini telah di lancarkan pada tahun 1996 sebagai usaha berterusan untuk mengatasi dan seterunya menangani gejala sosial di kalangan remaja. Antara objektif utama Kem PROSTAR ini adalah menggalakkan remaja mengamalkan cara hidup sihat berlandaskan nilai-nilai murni serta berusaha mempengaruhi remaja lain kearah pengamalan cara hidup sihat  dan bermoral .  Ia  juga ber tujuan mengumpul wang bagi tabung HIV untuk membantu kanak-kanak yang dijangkiti virus tersebut dan anak-anak kecil yang kehilangan ayah dan ibu kerana penyakit berkenaan.
kak pusfa, kak didy, kite n lew~

same budak basic 2/2007

free style~

seronok ke prostar nie?? erm..... pe kate kowg join, n rase sendiri.... pada diri ni, kem prostar ni sgt bermanfaat dan sgt berguna tau.......

psychiatric test~

TEST NO. 1 
THE THIRD EYE :
 If you could have the third eye on your body, where would you put it on?
1) your head
2) your heart
3) your back
4) your hand

HERE IS THE ANALYSIS
1) You have no respect to your lover, instead, you often exploit him/her. As far as love is concerned, you are too QUICK. You easily fall in love with someone and leave him/her right away when you get bored.
2) Since you are scared of being cheated by the others or not wanting to be disappointed again, you, therefore seem to be contented with your unrequited love.
3) It takes you a long time and big effort before falling in love with someone. But, once you are in love, you will love him/her with all your heart,sincerely and forever
4) It is hard for you to get deeply involved with someone.Most of your relationships are just more than friends but less than lovers.

TEST NO. 2
WHAT KIND OF CHAIR DO YOU PREFER? : Your selection of the chair can tell you the type of person you are.
1) Cloth covered
2) Leather covered
3) Wood
4) Cushioned
5) One with a built-in massager

HERE IS THE ANALYSIS :
1)You want your partner (girlfriend/boyfriend) to be together with you always, no matter when or where.
2)You want your partner (girlfriend/boyfriend) to be more open with you about himself/herself.
3)You want your partner (girlfriend/boyfriend) to take more care of his/her dress and manner.
4)You want your partner (girlfriend/boyfriend) to be a little bit more relaxed, calm and composed.
5) One with built-in massager. You want your partner (girlfriend/boyfriend) to do more for you.

The message behind the question: A chair is for sitting on. If you choose to sit on certain chair,you have no suspicions or distrust towards it. This is the same psychology present in our relationship with the people we like. In other words, the qualities you look for in a chair are similar to the qualities you look for in a partner.

TEST NO. 3
WHY DO YOU LOVE SOMEONE?
** 1 9 5 0 **
What is your first thought when you saw the above number?
1) Year
2) Phone number
3) Money
4) Combination code in a locker room

HERE IS THE ANALYSIS :
1) You think he/she is very smart one....you love his/her brain.
2) You love his/her personality....Everything he/she does is beautiful.
3) Let's face it.....you love his/her money.
4) You love his/her appearance....you like a good looking person .

TEST NO. 4
THE CAVE YOU WANT TO VISIT....
You decided to go for a cave tour. What kind of caves do you want to visit?
1) Cave with a narrow entrance but a wide exit.
2) Cave with a same space of entrance and exit.
3) Cave with a wide entrance but a narrow exit.

HERE IS THE ANALYSIS :
The philosophy behind this test indicates how you spend your money......
1) You easily spend your money much more than what you earn.
2) You keep balance between the money you can earn and the money you spend.
3) Stingy you! Though you have earned a lot of money but you hardly spend it off

TEST NO. 5
WHEN WILL YOU GET MARRIED?
There is a cake with plenty of room to put many more candles on it. How many more candles do you want to put on the cake?
1) One
2) Two
3) Three or four
4) More than five
HERE IS THE ANALYSIS :
1) Wow! You seem wanting to get married as soon as possible.You may get married at the age of 20 or right after you have finished your education.
2) You want to be married a little sooner than the other.However,you want your marriage to be agreed and pleased by the others.
3) You want to enjoy your youngster life as long as possible.So you don't want to be married too soon. You may get married when you are over 25 even you already have your steady loved one.
4) You are full of curiosity. You are curious about everything.You want to travel and accumulate your experience more and more.You want to prove yourself with the challenging work.You may enjoy your unmarried life until you are 30 or over even you have had so many lovers by then.

TEST NO. 6
A NEW PLANT....
Noticing a new plant pop up from the ground, what is your first thought?
1) Glad and want it to grow quickly.
2) Be careful.Don't step on it.
3) Oh!Will it give flowers?
4) Thank God!Many thanks to you,God,for its growth.
5) All right! No more watering!

This test indicates your attitude towards your parents....
1) You don't want your parents to interfere whatever you are doing.
2) You feel grateful to your parents for bringing you up and making you a nice person.
3) You rely on your parents so much and want them to be always close to you.
4) You have your sincere thanks to your parents.
5) You want to be self-survived as soon as possible.

rahsia anda sebagai pasangan berdasarkan jenis darah~

ANDA BERDARAH “A”.
Mereka yang tergolong dari kategori ini boleh jadi ibu dan isteri yang baik. Ini kerana kamu dapat menangani banyak perkara, dari urusan di rumah hingga mendidik anak dengan baik. Kamu rela bangun pagi untuk memasak dan menguruskan rumah tangga. Kamu akan berusaha untuk menjadi ibu dan isteri yang sempurna. Kadangkala, ia akan membuatkan kamu berasa tertekan kerana tidak mempunyai masa untuk kesenangan peribadi. Baik kamu ubah sikap sebegini.

ANDA BERDARAH “B”.
Kamu seorg yang trendy dan suka bersosial. Kamu masih belum bersedia untuk menjadi isteri dan ibu. Individu ini tidak gemar tinggal di rumah sepanjang hari. Kamu kerap menghabiskan masa bersama teman-teman dan bijak membawa diri. Dalam pada itu kamu berusaha memperbaiki diri untuk menjadi seorg ibu dan isteri yang baik. Kadangkala, kamu agak egois, namun kerana kamu sangat mempersona, teman dan suami tidak sampai hati untuk memarahi kamu. Satu perkara lagi, kamu adalah individu yang boros. Awas!!!.

ANDA BERDARAH “O”.
Wanita berdarah “O’ memiliki sifat keibuan. Setelah mendirikan rumah tangga kamu bertindak selaku ibu kepada suami kamu. Sekiranya suami pulang lewat malam, kamu tidak marah dan ini akan membuatkan suami kamu menganggap diri kamu sebagai ibunya. Kamu bijak mengatur kewangan dan berjimat cermat tetapi kadangkala kamu terlalu pemurah. Setelah di kurniakan cahaya matakamu menumpukan sepenuh perhatian dan kasih saying terhadap anak kamu. Awas, nanti suami kamu kesepian. Setelah bergelar ibu, kamu terus mengabaikan penampilan kamu. Ingat! Itu akan mengurangi keseksian kamu sebagai wanita. Kamu tidak mahu kehilangan suami bukan?

ANDA BERDARAH “AB”.
Kamu wanita cerdas. Mampu menjaga suami dengan baik. Masalah kewangan kamu hadapi secara rasional. Waktu yang ada kamu pergunakannya untuk meningkatkan mutu diri sendiri dan melakukan aktiviti-aktiviti baru. Kamu tidak suka menjadi ibu-ibu. Wanita ini akan menghargai dirinya dan berusaha untuk menjadi sempurna dari segala segi. Ini menjadikan suami kamu takut sekiranya tidak mampu memenuhi tuntutan kesempurnaan peribadi kamu. Sifat “cool”adalah milik kamu. Biasanya wanita seperti kamu ditakuti lelaki.

huhu~ rahsia si die berdasarkan jenis darah

SI DIA BERDARAH “A”
Jika pasangan kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘A’, ini bererti dia tergolong dalam lingkungan individu yang serius dan berusaha untuk membina kesempurnaan diri. Umumnya, golongan ini amat baik terhadap kaum wanita. Setelah mendirikan rumah tangga, dia akan menyayangi isterinya sepenuh hati. Bak kata org tu, segala-galanya dicurahkan kepada isterinya. Bahkan setiap kali kluar rumah, dia selalu ingat kepada anak dan isterinya di rumah. Berbahagialah kamu kerana dia akan berusaha menjadi pasangan hidup kamu yang baik dan sangat bertanggungjawab. Mereka yang tergolong dalam kolompok ini merupakan individu yang ‘gentleman’. Namun kamu harus sedar pasangan kamu itu juga mengharapkan sesuatu dari kamu. Mereka juga berkeinginan untuk memiliki pasangan hidup yang sempurna. Si dia mungkin naik angina sekiranya bila pulang ke rumah dan melihat keadaan yang tidak terurus. Lantas dia beranggapan kamu tidak mampu menjadi ibu yang baik. Dia cenderung bertindak selaku ketua di rumah. Berkemungkinan juga, sekiranya dia terlalu sibuk di pejabat dan mengalami tekanan, dia akan melampiaskan kemarahannya itu kepada pasangannya sendiri. Wow!! Bahaya juga tu.

SI DIA BERDARAH “B”.
‘Big Boy’ mungkin itulah interpretasi pertama kamu apabila berhadapan dgn individu yang terdiri dari kalangan darah jenis ‘B’. Dia hanya melakukan perkara yang dia mahu saja. Kadangkala sbg pasangannya kamu pula menjadi bingung. Contohnya, ketika kamu telah bersusah payah menyiapkan masakan, tetapi si dia pula asyik leka berhibur bersama teman-teman hingga larut malam. Berhati-hati sekiranya si dia mempunyai hobi tertentu. Biasanya individu yang tergolong dalam kelompok ini akan lebih mengutamakan minatnya sendiri berbanding keluarga. Apa yang diinginkannya ialah menikmati kehidupan. Tanggungjawab kepada keluarga memang kurang. Walau bagaimana pun si dia tidak akan menyusahkan kamu. Kamu perlu ingat, pasangan jenis ini lebih gemar menyendiri dan tidak gemar di perhatikan. Sekiranya korang di kurniakan cahaya mata, berkemungkinan si dia juga boleh timbul rasa iri Jhati biarpun terhadap anak sendiri.

SI DIA BERDARAH “O”. Sekiranya calon suami kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘O’, kamu perlu persiapkan diri kamu dari segi mental. Berkemungkinan besar si dia boleh berubah hati setelah mendirikan rumah tangga nanti. Ketika sedang hangat di lamun cinta si dia mungkin terdiri dari kalangan individu yang romantis dan sering melindungi kamu. Namun setelah mendirikan rumah tangga, biasanya individu ini hanya berbicara dgn kamu berkenaan hal yang penting sahaja. Tapi kamu jangan menuduhnya tidak mencintai kamu kerana sememangnya si dia tidak dapat menguruskan banyak hal dalam satu masa. Jangan bimbang, dia tetap mampu menjadi suami dan bapa yang baik. Jadi kamu masih boleh bergantung hidup pada si dia. Selain itu golongan ini juga terdiri dari individu yang sentiasa bekerja keras. Berhati-hati dalam komunikasi korang. jika kamu tidak menghormatinya dan beranggapan si dia itu tidak boleh di harap pasti si dia terus merubah sikapnya kepada seorg yang pemalas!!


SI DIA BERDARAH “AB”.
Beruntung kamu. Individu ini adalah seorg yang prihatin. Ketika kamu sedang sakit, si dia akan merawat kamu dengan baik dan sering menghubungi kamu sama ada telefon atau sms. Namun dia juga mempunyai waktu dan tempat untuk dirinya sendiri tanpa ingin gangguan sesiapapun termasuklah kamu. Dia tidak suka org lain mengganggu waktu dan hak peribadinya. Sebagai pasangan, kamu pasti berasa tidak selesa dgn situasi ini. Setelah mendirikan rumah tangga, kamu tidak boleh membincangkan segala hal dengannya. Sesungguhnya, dia seorg yang suka cakap banyak tapi tidak suka bercerita tentang rahsia peribadi dan fikirannya sendiri.




pimples own pimples~

ish.. sakit ne ati bile tgk muke ni kat cermin.... tbe2 di penuhi jerawat plak.. bengang plak rase... so, tgn ni pn gatal2 la on9, gatal2 on9 bkn gatal2 nk picit jerawat tu k, on9 search petua2 utk hilangkn jerawat neh....
banyak gak dapat... antaranya~


Bancuh sesudu susu tepung dengan sedikit air. Tepek pada keseluruhan muka setiap malam. Setelah kering, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari


Ambil beberapa helai daun sirih dan tumbuk bersama beras hingga lumat. Campurkan dengan sedikit ait dan tepek pada muka sebelum masuk tidur. Amalkan selalu

Ambil beberapa helai daun jambu batu dan giling hingga halus. Campurkan bersama bedak sejuk dan tepek pada muka sebelum masuk tidur. Amalkan selalu
Rendam beberapa keping asam gelugur (dikenali juga sebagai asam keping) selama satu malam. Tumbuk beberapa helai daun pucuk jambu batu hingga halus. Campurkan kedua-dua bahan dan sapukan pada keseluruhan muka. Amalkan dua kali seminggu

Asah sedikit kulit kayu manis atau ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan sedikit madu. Jadikan masker sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu

hahaha.... macam2 kn?? tp last2 kite gune ubat gigi je letak kat muke.. kecut terus jerawat ku tu tau...... hahaha~



RAHSIA CINTA SI DIE MELALUI CARA MAKAN... nyum3

Bagaimana cara makan, begitulah cintanya " Ish! Pelahapnya dia makan! 'Cancel' nak buat pak we!! Tengoklah tu makanan tepi bibir pun tak dilapnya. Eiii....teruknya." Perhatikan gaya teman kamu makan! Masing-masing ada gaya yang tersendiri. Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada! Ha...jangan tak tahu. Gaya makan si dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar si dia. Apa kata kita selidik. Perhatikan lah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan. Barulah kamu boleh menilai peribadinya.


Makan dengan tenang
Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!


Asyik belek makanan
Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan.
Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!


Serius ketika makan
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!


Makan sambil borak
Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badanlah pulak!


Makan sambil kerap
Tengok jam tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih panjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.


Makan sambil merungut
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!

RAHSIA PERSONALITI BERDASARKAN BUAH KEGEMARAN~

hehehe... saje je nk share informasi ngan kowg sume.... meh la layan kn~

1-JENIS LIMAU. 
Contohnya seperti oren, lemon, limau nipis dan limau bali. Kamu cenderung kepada warna-warna cerah dan gemarkan sesuatu yang mencabar. Rakan-rakan kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kepada kamu. Ini kerana kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga rakan-rakan kamu yakin dengan nasihat dan pandangan kamu itu.

Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri kamu yang sebenarnya. Mungkin mereka boleh mengenali kamu dengan lebih rapat, namun ianya memakan masa yang agak lama. Kadangkala kamu hanya memperuntukan masa yang singkat untuk bersendiri. Kamu gemar berehat dan bersendiri hanya untuk tempoh seketika. Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dengan kamu. Kamu tergolong antara individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang itu dengan sebaik mungkin melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan kamu.


2-BUAH-BUAHAN TROPIKA.
Contohnya seperti pisang, betik, jambu, kiwi dan nenas. Kamu sukakan pengalaman-pengalaman yang baru. Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah-buahan dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yang boleh. Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu kerana cara hidup kamu yang terlalu aktif. Kamu tidak sukakan sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi kamu. Kebiasaannya pasangan kamu terdiri dari individu yang tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya. Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yang sememangnya akrab dengan kamu. Teman-teman beranggapan diri kamu seorang yang mudah di dekati dan gemar berseronok.

Hakikatnya kamu ada pendirian yang tersendiri. Kamu tidak suka menunjukkan perasaan sedih kepada orang di sekeliling. Simbol kamu itu melambangkan kamu seorang yang suka mengambil berat dan gemar berseronok.


3-JENIS BUAH LADANG.
Contohnya seperti epal dan pear. Kata kunci di sini ialah kekuatan. Kamu bukan sahaja kuat kepada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yang berada di sekeliling kamu. Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah. Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri kamu.

Kamu juga lebih cenderung berdiri atas kaki sendiri. Kamu tidak bergantung harapan kepada individu lain untuk hidup. Ramai yang beranggapan kamu adalah seorang yang berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya. Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yang kamu miliki itu. Kejayaan pasti menyebelahi kamu dalam setiap perkara yang kamu lakukan.

4-JENIS TEMBIKAI.
Contohnya seperti tembikai dan tembikai susu. Seseorang yang murah hati dan gemar menghulurkan bantuan bagi yang memerlukan. Bagi diri kamu, wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu orang lain.

Kamu berhati-hati dalam memilih tumbuh-tumbuhan yang ingin di tanam di sekitar tempat tinggal kamu. Kamu memiliki ramai teman rapat, ini kerana kamu memiliki keperibadian yang romantic. Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup. Kamu melambangkan diri kamu sebagai individu yang berhati-hati.

5-BUAH-BUAHAN JENIS CERI.
Contohnya seperti blackberi, blueberi, strawberi, raspberi, cranberi, anggur dan tomato. Kamu gemarkan party dan keseronokkan. Kamu suka menggembirakan orang lain. Kamu juga mudah dapat teman baru kerana kamu adalah seorang yang peramah. Kamu akan berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan sesiapa sahaja sbgai teman biarpun dengan cara yang amat pelik. Kamu bercitarasa unik. Hinggakan makanan yang menjadi pilihan kamu juga adalah terdiri daripada makanan-makanan yang berperasa lain dari yang lain.

Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu sendiri. Walau bagaimanapun, keseluruhan personaliti kamu itu saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yang unik dan memiliki keistimewaan yang tersendiri. Simbol kamu melambangkan kamu seorang yang berpersonaliti.

6-JENIS KEKACANG.
Contohnya seperti walnut, hazel, gajus dan lain-lain. Kamu ini “moody” lah!! Kadangkala mood kamu berubah-ubah tanpa sebarang sebab. Ketegasan adalah lambang keperibadian diri kamu. Sekiranya kamu yakin kamu berpihak di pihak yang benar, kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu. Orang yang berada di sekeliling kamu juga akan sentiasa bersikap lebih berhati-hati kerana kedegilan kamu itu. Dalam percintaan kamu adalah individu yang setia. Kamu sanggup mengenepikan teman-teman kamu hanya kerana ingin meluangkan masa bersama kekasih hati kamu.

Untuk mengenali kamu, individu itu perlu memperuntukkan waktu yang agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dengan lebih dekat. Walau bagaimanapun kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti akan berhasil juga akhirnya. Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorang yang berpendirian.

7-BUAH-BUAHAN JENIS LABU.
Contohnya kundur. Kamu berpandangan jauh. Bagi diri kamu, wujudnya pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini dan segala-galanya melebihi dari apa yang mampu manusia lihat. Kamu adalah individu yang sering berperasaan curiga. Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yang kamu miliki. Boleh dikatakan setiap persoalan yang kamu mampu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman-teman sekeliling kamu. Teman-teman kamu akan bergantung pada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti di hargai. Tekanan kerja yang kamu alami akan mendukacitakan kamu, tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dalam menangani cabaran-cabaran mendatang. Kamu cenderung pada warna-warna yang pelbagai. Kamu melambangkan diri kamu seorang yang bersopan santun dan memiliki hati yang lembut


addicted pada jagung.. so ape erk??????

hari yang penat~

penat gile ari nie… bwk moto dr kskb ke kota dmnsara, pastu ke sentul pastu ke wangsa maju, pastu ke klang and then back again to mutiara damansara… hahaha… penat… lenguh sgalanya… sume nye di sbbkn oleh purse ku yang di kidnap.. so busy la nk kne wat blek all the things yg hilang… adeh.. da la panas terik.. sunburn gile bdn.. tangan.. hahaha… klakar.. penat.. yok tido yok.. nyte sume~ mmuuaah3

sebagai PATI utk sehari~

da lame xupdate blog kn... kite busy gle ngan study ni.. tp ri ni, kite nk share sumting... erm... kite tensen gile tau ari ni... purse kite di copet... aduh... stress gle kot... ic, kad bank. lesen, n sgale harta bende kite hilang.. nk kene wat baru sume nye.... agh... nk mara sape ni..... wuuu... nk nanges pn ade... npe die wat kite mcm ni.... amek la uit je.. yg len2 tu pulangkn la..... wuu.... mummy, daddy tlg la..... waa..... erm xpe.. ngah tggu my sis dtg utk teman kite g wat report~ abg pulis tggu kite yerk... nyum2.....

jom mandi manda~

hari yang indah utk keluar enjoy dengan kawan2....
venue: ULU YAM... nyum2...
tarikh: 16 ogos 2009
masa: 8 pg hingga ? ( xditetapkan ag) hahah
driver: MR HAIDIR... ( boy wana )

sampai2 je, rase sejuk mencengkam sampai ke tulang hitam... bak kate orang dolu2 la... hahaha...
tapi, walaupun sejuk, kitorang tetap enjoy... tempat cantik, cume da semakin kotor.. salah sape??
salah kita, rakyat Malaysia yang xprihatin tentang kebersihan alam sekitar... {cheewaahh, berkempen plak kat sini } xde la... pe pun, ulu yam memang tempat yang superb utk di kunjungi..pemandangan yang sejuk, hijau, bau hutan, nyum2.. mmg seronok datang sini tau... len kali nk datang lagi la... cmfirm!!!
K.A. M. I.

tangga2 persahabatan...

aish... tengok ape tue~

PERSONALITI~

Personaliti secara kebiasaannya diberi maksud mengenai diri manusia itu dan diberi definisi mengikut kecenderungan masyarakat. Ia adalah kepentingan sosial dalam masyarakatitu sendiri dalam proses tingkah laku. Dikategorikan pula sebagai 'baik' atau sebaliknya. Malah dari aspek psikiatri, terdapat sesetengah orang gagal mengenal pasti personalitinya sendiri berikutan fenomena halusinasi mahupun delusi. Kedua-dua fenomena itu membuatkan penghidapnya gagal membezakan realiti dan fantasi.

Secara umumnya, para pengkaji bersepakat mengatakan bahawa personaliti merupakan ciri-ciri yang dinamik dan tersusun dimiliki oleh seseorang yang secara unik mempengaruhi kognitif, motivasi dan tingkah laku dalam pelbagai situasi. Oleh itu, ramai pengkaji berpendapat kajian personaliti merpakan analisis saintifik ke atas perbezaan individu yang melibatkan aspek kenapa dan bagaimana manusia bertindak secara unik dan kreatif terhadap perubahan persekitaran. Fokus utama mereka adalah untuk menghasilkan teori-teori yang menjelaskan cara bertindak balas yang unik bagi setiap individu terhadap persekitaran fizikal, sosial dan budaya. Penjelasan tersebut membawa kepada andaian yang diuji dan disokong oleh bukti yang empirikal.

Hakikat yang perlu disedari adalah penyakit atau gangguan mental memerlukan rawatan dan penjagaan yang lama dan berterusan. Penyakit mental dadalah penyakit yang diakibatkan olehgabungan pelbagai faktor fisiologi, patologi dan psikologi. Antara faktor penyebab penyakit mental sukar dirawat atau dipulihkan serta-merta adalah kerana kecederaan kepada otak, tekanan perasaan yang berpanjangan, gangguan emosi akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, kemurungan yang berkekalan, rembesan hormon yang tidak normal, gangguan traumatik, penyalahgunaan dadah dan gangguan neurosis yang kronik. 

Skizofrenia, kemurungan, kecelaruan personaliti adalah penyakit psikiatri. Bagaimanapun, skizofrenia adalah di antara penyakit jiwa yang serius. Antara tanda-tandanya, pesakit sukar membezakan dunia nyata dengan dunia fantasi. Pemikiran bercampur aduk, semakin tidak nyata, manakala emosi menjadi kabur dan tidak teratur. Faktor penyebab adalah keturunan atau genetik dan kerap ditemui dalam keluarga yang mempunyai sejarah menghidapnya. Individu yang mempunyai ibu atau bapa skizofrenia mempunyai risiko 45 hingga 50 peratus mewarisinya.

Kajian penyelidik mendapati, pesakit psikiatri mengalami ketidakseimbangan kimia dalam otak. Kajian meliputi kegagalan fungsi sistem penghantaran saraf otak iaitu saraf yang nenyalurkan komunikasi antara sistem saraf. saraf yang dimaksudkan adalah sitem dopamine, serotonin dan neurorepinephrine.

Antara gejala yang dialami oleh pesakit adalah perubahan emosi dan personaliti, perubahan pemikiran, perubahan presepsi dan pandangan serta kurang reaksi. Malah dikatakan amuk (mengamuk) juga merupakan penyakit psikiatri. Dalam budaya Melayu, seseorang itu dikatakan berani kalau sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuk mengorbankan dirinya sendiri serta tidak menghiraukan bahaya yang mendatang. Dari aspek psikiatri, perlakuan itu lebih menjurus kepada kegagalan otak berfungsi dengan baik (tidak normal).

BERHATI-HATILAH DENGAN REALITI, KERANA IA BERKEMUNGKINAN 
SEKADAR FANTASI...

penyakit2 psy~

hah... jom tgk.. mane la tau kite tergolong dlm golongan2 ni ke... hahaha... bnyak type sakit mental ni tau....
antaranye~

  • Anxiety disorders
  • Delirium
  • Delusional disorder
  • Dementias
  • Impulse control disorders
  • Intoxication or withdrawal from medications or drugs
  • Malingering
  • Mood disorders
  • Personality disorders, especially antisocial personality disorder
  • Pervasive developmental disorder (autism)
  • Psychotic disorder, not otherwise specified
  • Schizoaffective disorder
  • Schizophrenia
  • Schizophreniform disorder
  • Substance dependence and abuse
  • Traumatic brain injury
hah... ade x tanda2 seperti di atas..... bahaya tu... huhu... g cepat2 dptkn rawatan sebelum melarat tau~

yeay.... sem baru~

huhu... hye sume.... salam.... lame da xupdate blog ni kn.... bkn pe, sronok sgt bercuti.. smpi lupe kat blog ni... berhabuk da.... cian tul... huhu... sekarang ni, kite da nek pangkat tau... dari biru ke merah... hah.. ape tu??? haha... dari pip biru@sem 4, ke pip merah@sem 5..... ngeh3... tinggal satu sem je ag tau.....

me with red pip~

antara subjek2 yg aku akn blajar sem ni adelah:
tentang ENT system... ear, nose throat n segala masalah berkaitan nye~

nervous system.. mmg nervous bile memikirkannye... hahaha~

best subject in da world.... cayalah... suke gile kot~

dari kasut turun ke hati~

hari ni hari yg paling xbley blah tau.... lawak sgt rase..... ngah dok sedap ngajar 2, 3 owg umat manusia ni dlm bilik darjah diowg, kite dikejutkan dengan kekecohan yang berlaku dekat luar bilik darjah tu... haha... rupe2 nye ade sowg kanak2 kat c2, yg dah berkenan kat kasut chumel kite... hahaha.... die bwk larik kasut tu.....
ni la kasut kite yg budak tu bwk lari~
ape lagi.... rase nk nanges la... pujuk2 die, nk kasut tu blek, die xnk bg... die ley meraung kuat2 n larik keliling padang smbil pegang kasut kite tue... aduh... tibe2 trase nk jd mcm die, meraung kuat2, n guling2 kat padang tu, coz xnk berkaki ayam pulang ke asrama~
xpat nk bayangkn kene balek ke asrama dengan kaki yang mcm ni~
aduh.. sedeh gle kot waktu tu... tp selamat ade hero dtg... chheewah.... mamat hensem tu tolong.. pheewwit~
huhu.. die g kejar si pencurik kasut tu, n dpt kn kasut kite blek...
ni la pencurik kasut tue~ (lakonan semata2) hahaha
waktu mamat tu dtg, bwk kasut kite kn, kite rase dup dap dup dap..... huhu... terasa mcm sindelela la pulek... muahaha.......

diri ku sewaktu dpt kasut tu balek... wink2(*.*)

owwhhh... aku dah jatuh cinta~ hahahaha......



aghhhhh~

erm... nak mara rase... course yg len da cuti, tp nursing still kene praktikal.... tp, ape2 pn, seronok..... coz kene praktikal kat tempat2 yg best.... bahagia2... hahaha... kite kene praktikal kat Taman Sinar Harapan.. best tau kat sane.... mcm2 kte wat... karaoke, penjagaan orang2 kurang upaya, cat dinding asrama diowg, n mcm2 ag la... sronok sgt... berbaloi2 xcuti tau...


ni la tempat yang kite kene g.....
huhu... kat sini, kite nk share ckit la tentang taman sinar harapan ni....
ianya merupakan sebuah rumah penjagaan orang yg terencat akal, kurang upaya, cacat (same la dgn kurang upaya tue, aish) dan seangkatan dengan nye.... lebih 200 orang yang ditempatkan disana... pelbagai bangsa dan peringakt umur bley di jumpai, dari sekecil2 umur 2 bulan hingga la ke umur 70 thn... mmg terdapat banyak kemudahan yang ade, tp sumbangan dari orang ramai yang kurang... 
masa mule2 smpai, kitorg di hidangkan dengan haruman feaces n urine... semuanye kerana mereka mempunyai masalah pengawalan urine mereka.... mata kami di sajikan dengan pelbagai karenah yng melucukan, menyedihkan, dan mcm2 lg... ade yg di ikat, kerana mencederakn diri mereka sendiri, dan mencederakan org sekeliling nya... namun begitu, terdapat juga insan2 di situ yang mempunyai kebolehan utk melukis menggunakan kaki mereka, membuat kraftgn menggunakan kulit kerang, dan ade juga yg pandai menyanyi tau.....
cantik x lukisan tu.... cantikkan??? sgt cantik tau~

huhu... diowg ni sporting gile~

kalau rase nk dtg sini, dtg la ye... ni alamatnye... xdpt bg sumbangan dgn uit, kowg dtg pn mmpu wat diowg senyum lebar tau~
TAMAN SINAR HARAPAN K.K.B.
Jalan Padang Golf, Kuala Kubu Bahru, 
44000 Selangor


petua pemakanan ibu mengandung~

hah.. alang2 da blajar bende ni kn, xsalah klu kite share informasi... betul x?? pada ibu2 kat luar sane, ni ade sikit petua corak pemakanan ibu mengandung yg sihat... bile ibu sihat, bakal baby pn insyaAllah sihat.. nyum2... beshnye dpt baby yg seehhaaat~
nk tau tanda baby dalam perut tu sehat?? senang je... mcm ni la~
nmpak x?? betapa sehat nye die, smpai die tendang perut mak die kuat2 tau~
haha... xla bkn mcm tu... tu tanda baby aktif... jgn percaya tau... huhu... ok, ni petua nye~
(bukanla petua actually, just panduan ckit je)
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
  • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit
piramid makanan~
insyaAllah, jika diamalkan, bley dapat ank yg sihat~
mcm ni.... tp xla bermata biru.. hahahaha~


student life~

hidup sebagai sowg student ni mmg memeritkan... tp kadang2 membahagiakan tau.. nk tau npe?? coz time student, bile wat salah, mmg la kene denda, tp pensyarah2 kite yg akn bertanggungjawab di atas setiap kerosakan yg telah di lakukn.. huhu... indah nye time student...huhu... tau x npe kite nk jd nurse?? sebab bile kite jadi nurse, kite xpyh nk takot2 g spital bile sakit, coz kite da mmg ade kat spital pn.. wahahaha~
mase ni, kite praktikal kat Hospital Sg Buloh utk O&G posting... best tau jad nurse ni... tau ke ape tu O&G posting?? ala... senang je.. bab2 ibu mengandung, dari mule die mengandung (mule mengandung tau, bukann mule ehem2) sampai la diorg melahirkan anak2 diorg~ sume kita kene jage.........
ade bakat x nk jadi sowg ibu mithali??? muahaha

cute x baby ni??? sape ag cute??? yg pegang baby tu kn?? huhu...
ala.... ckp je mmg cute.... xpyh malu2 nk ckp mcm tu~

hik3... sronok tau dpt susukn baby... indah n bunge je rase hati... cheewah....