dalam mood study coz sekarang ni dalam minggu discussion n revesion bersama kawan2 basic 2/2007..
exam lembaga jururawat da nak dekat... nak jadi jururawat, kene amek exam ni n lulus dengan cemerlang gemilang terbilang g2... hahaha...... meh sini, nk cite cket la tentang lembaga jururawat malaysia ni....
Misi
Lembaga Jururawat Malaysia akan melindungi masyarakat melalui peraturan-peraturan statutori profesion kejururawatan.
Visi
Kearah Perkhidmatan Kejururawatan secara selamat dan holistik di Malaysia akan dilaksanakan oleh jururawat-jururawat yang berkebolehan, efektif, kompeten, mahir dan berpengetahuan.
Objektif
Objektif bahagian ini adalah untuk meninggikan taraf kesihatan rakyat Malaysia melalui perkhidmatan kesihatan penggalakan, pencegahan, perawatan dan pemulihan dengan memberi penekanan kepada golongan yang tidak bernasib baik supaya kesihatan ekonomi Negara dan kemajuan sosial dengan berterusan. Untuk mencapai tujuan ini perhatian adalah diberi bagi mewujudkan perpaduan negara.
Fungsi
Pengendalian peperiksaan syarat kemasukan dalam bahagian am Daftar (1) (Akta Jururawat 1950) Peraturan-peraturan Jururawat 1985 (11) Akta Bidan 1966 Peraturan-peraturan Bidan 1990.
Pengendalian Pendaftaran Jururawat, Penolong Jururawat, Jururawat Masyarakat, Jururawat Kesihatan Awam, Jururawat Kesihatan Jiwa, Bidan Bahagain 1 & 111. Warganegara Malaysia yang dilatih di dalam dan di luar Negara serta Pendaftaran Jururawat Asing.
Pengendalian Pewartaan bidan berdaftar bahagian 1 & 111.
Menguruskan pengeluaran notis mengenai niat Pengamalan Jururawat Tahunan bagi Jururawat/Penolong Jururawat/ Jururawat Masyarakat serta Perakuan Sementara Jururawat Asing.
Mengurus pengeluaran notis mengenai niat untuk menjalankan amalan atau terus menjalankan amalan kebidanan.
Mengurus aktiviti mengawal selia anggota Jururawat & Bidan yang berdaftar dari segi kawalan disiplin dan kawalan amalan.
Bertindak sebagai urusetia kepada mesyuarat Bahagian Jururawat Malaysia dan Lembaga Bidan Malaysia
Menjalankan aktiviti perkembangan Profesyen Kejururawatan (Continuous/Professional Developement).
mengendalikan kelulusan dan akreditasi program pengajian Kejururawatan dan Kebidanan.
_____________________
ntah la... xpaham ngat sebenarnye.... tapi layankan aje....
No comments:
Post a Comment