ANDAINYA wanita tahu, lelaki juga boleh menjadi begitu senstif dan prihatin, tentu wanita boleh bersimpati pada sesetengah lelaki yang yang desperate untuk disayangi. Lelaki memang kelihatan selamba, tapi hati lElaki mudah tersentuh oleh perlakuan wanita terhadapnya. Cumanya lelaki pandai menyembunyikan perasaan itu berbanding wanita yang selalunya mudah sekali menterjemahkannya dalam bentuk air mata.
JIKA seseorang lelaki mula hendak menyukai seseorang wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Pada pandangan lelaki, wanita yang sebenar-benarnya wanita ( berbudi bahasa halus dan kesopananya tinggi ) sudah cukup untuk menyatakan betapa dia begitu terpikat. Cuma kadang-kadang lelaki lebih suka mengambil kesempatan terhadap wanita daripada benar-benar berlaku jujur. Lelaki memang berbangga jika dia berjaya menawan hati-hati wanita, tetapi dia tidak selalunya mahu kesemuanya. Mana-mana yang menang nanti itulah pilihan terakhirnya.
LELAKI sejati sangat mendambakan seorang wanita yang berbudi tinggi dan kesopanan yang memikat. Insan lelaki buasanya jujur apabila hatinya seratus peratus terpikat dan berkata " Ya, aku amat meminati wanita ini," dan akan sangat kecewa atkala misinya itu gagal. Daripada sinilah lelaki akan menjadi begitu sampai hati,kejam,hati batu,buas,liar dan lain-lain yang seangkatan dengannya.
KELEMAHAN lelaki selalunya pada kebolehan mengetahui perasaan sebenar apa yang dirasakan oleh wanita. Kadang-kadang tatkala wanita itu menangis akibat perlakuannya, dia boleh tertawa. Namun, lelaki lahir dengan perasaan yang amat kuat terhadap wanita. Tidak hairan, mereka suka lihat wanita tidak kira cantik ataupun tidak, isteri orang mahupun anak dara. Lelaki tidak segan-segan menjeling wanita dan sanggup memakai cermin mata hitam di kolam renang.
LELAKI juga seperti wanita. Apabila pertama kali dia hendak menyatakan perasaannya terhadap wanita yang disukainya, dia gelisah. Dia mereka skrip yang akan diperkatakannya berhari-hari. Dia tidak lena tidur dalam mereka ayat pertama yang akan diucapkannya terhadap wanita yang benar-benar telah menvuri hatinya itu. Dia khuatir apa reaksi wanita itu apabila mendengar kata-kata keramatnya nanti. Dan lelaki amat takut ditertawakan, atau tidak dipedulikan setelah dia berusaha keras mereka skrip itu.
MEMIKAT wanita yang disukai adalah satu perjuangan maha hebat bagi seorang lelaki. Setelah dia berjaya dalam perjuangannya itu, sesetengahnya akan dikaburi oleh kesukaan-kesukaan lain terhadap keistimewaan-keistemawaan yang terdapat pada wanita lain. Disinilah bermulanya kecurangan seorang lelaki terhadap pasangan.
RAHSIA lelaki adalah pada air mata wanita. Kebanyakan lelaki cukuo lemah berdepan dengan situasi begini. Dia mudah tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata adalah senjata wanita yang paling ampuh.
TIADA seorang lelaki pun yang sempurna sepenuhnya melainkan Nabi s.a.w. Oleh itu, anda janganlah terlalu mengharap yang terbaik dari insan bernama lelaki ini. Mereka penuh dengan kekurangan tetapi dalam masa yang sama menyangka diri mereka serba sempurna. Di situlah bermulanya ego seorang lelaki. Dalam berdepan dengan lelaki carilah kelemahan-kelemahannya. D isitulah suisnya untuk menguasainya. Kebanyakan lelaki lemah tatkala disebut tentang ibunya. Gunakanlah kesempatan ini untuk mengawal lelaki yang trlupa tentang tanggungjawabnya terhadap anda.
TAPI INGAT, lelaki paling tak suka dengan perangai yang mengada-ngada tetapi lemah jika bermanja-manja. Fahami apa yang dikatakan mengada-ngada itu dan bagaimana pula dikatakan bermanja-manja. Anda akan dapat segalanya jika pandai bermanja-manja dan pasti menerima hadiah 'luar biasa' jika asyik mengada-ngada.
erm... daku ni tergolong yang mane erk??? nk kene tanye my chenta hati ni... huhu...mesti di jawab mcm ni~
mcm kat bawah ni~
No comments:
Post a Comment