Adds

first date~

Hari ni my first date ngan my chenta hati.. huhu... tp ALHAMDULILLAH.. semuanye berjalan lancar... seronok sangat tau... erm.... sempena kejayaan menjalani first date ni, saye nk share ckit tips la....


Dalam ramai-ramai antara kita semua ni, saye yakin yang masih ada lagi antara korang yang rasa gementar bila temujanji pertama korang dengan si dia atau erti kata lain "first date". Atau ada juga yang pernah gagal dalam first date korang. Sebab apa gagal? Orang kata, first impression mase first date tu adalah yang paling penting sekali. Sebab perempuan/lelaki akan menilai diri korang dari situ. Cara pemakaian, gaya berjalan, cara bercakap dan macam-macam lagi. Even, gaya rambut korang pun diorang tengok ok.


Gementar atau otak korang kosong? Taktau nak cakap apa bila bertemu si dia? Dats why la korang kena kenal dia lama sikit. Make sure korang selalu ber-sms dengan dia, tanya dia ni jenis yang macam mana n so on. Biasa kan telefon dia dan fahami dia melalui gaya bercakap. Pastu, bila first time korang jumpa jangan anggap korang nak jumpa someone yang korang suka.
Sebab bila mindset korang macam tu, nanti korang akan rasa segan nak mulakan perbualan dan selalunya topik korang akan terbatas sebab secara automatik korang terasa nak pretend yang korang cool je. Betul tak? Actually, bila korang anggap si dia hanya kawan, korang akan rasa lebih selesa untuk berbual dan bergurau. Tapi janganlah berlebihan pula sampai si dia meluat. OK.


OK, korang dah pass bab gementar kan? So skang ni segi penampilan diri korang pula. Takkanla first date korang nak jumpa si dia pakai selipar pastu seluar pendek je bagi laki la. Kalau girl, encik admin rase tak perlu tegur kan? Always ok. Heee. Bab ni, dress korang mesti bersesuaian. Nampak kemas, tak kira la apa korang pakai. Yang penting sedap mata memandang dan kalau nak spray perfume jangan la sampai menusuk hidung. Coz kadang-kadang bukan semua orang boleh terima bau perfume yang korang pakai. Korang mungkin rasa wangi, tapi sesetengah orang kata bau tak boleh blah. Haaaa. Hairstyle pula janganlah berlebihan. Buat biase dan look simple. Gaya korang berjalan pun ambil kira juga, jangan lah berjalan di depan dia. Make sure korang berada di sebelah dia dan selalu berborak supaya dia tak rasa bosan.

Last sekali body language, bila bercakap tu mesti bagi full fokus dan pandang mata dia. Kalau dia tak selesa korang pandang mata dia. Jangan la pandang selalu, kang tak jadi apa pula kan. Yang paling penting sekali, buat dia rasa selesa dengan korang.


Bagi saye, selalunya saye memang akan buat macam ni la. macam die makan ice cream n then comot, saye akan spontan lapkan... hahaha.... saye ingat die xslesa atau terkejut, tp last2 sebelum balik tu, die ckp die selesa dengan saye sebab saye ni jenis yang spontan n xberpura2... kesimpulannye, nk di permudahkan cerita, JADILAH DIRI SENDIRI~




me n my chenta hati~

HARI RAYA BERSAMA KELUARGA~

Selamat hari raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf dipinta
Mensuci hening dosa

Setahun menghilang
Sekarang menjelang
Hari yang bahagia
Selamat hari raya

Selamat hari raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf diminta
Mensuci hening dosa

Seruan kita
Untuk semua
Selamat... selamat...
Selamat hari raya




yeay... hari ni hari raya..... Alhamdulillah, dapat cuti raya... thanks sangat-sangat di ucapkan epada SISTER ward 2-3. sister wong, sister hayati dan sister hamidah, sebab bagi saya cuti raya... bukan ape, selalunye, bile raya ni, budak freshie susah nak dapat cuti raya... kene keje la katenye... hahaha... seronok raya ni... pagi, g sembahyang raye pastu sesi "sokseksoksek" dengan family @ sesi salam2 la... pastu makan ketupat, sesi klip2 (amek gambar), tunggu sedare mare datang n tutup pintu umah plak lepas tu sebab kami plak nk pegi beraya... yeay~ raye... raye... raye... 
erm... ntah dapat ke tidak duit raye tahun ni~

ngan family.. muah3~
bersama chenta hatiku~



SELAMAT HARI RAYA~

Setiap kali menjelang ramadhan, saya tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun. Diantara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika dalam bulan puasa selepas bersahur sementara menunggu waktu solat subuh ibu memanggil kami (3 orang anak perempuannya dan 2 orang anak lelakinye yg masih bujang“ Total adik beradik 6 seorang dah kawin and duduk with husband) dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam dalam islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika itu saya masih lagi bersekolah menengah rendah. Ayah pula sudah meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan

Baca artikel ini sepenuhnya ye ~~

Ibu : Apa yang nak ibu cakap nie….dengar baik-baik lebih-lebih lagi pada Ateh (anak no. 3) dan Acik . (anak no.5) & (Saya anak bongsu yg ke-6) Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampong siapa pada hari raya pertama. Betul tak?.Ateh & Acik : Betul…. mestilah ghumah ibu dulu……….Ibu : Dengar dulu….contohnya jika rumah kamu di Paka, rumah ibu di Johor dan rumah mentua kamu di Marang, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?.Ateh & Acik : Ghumah ibulah …...Ibu : Tidak…….ibu tidak izinkan kamu balik ke sini………baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu……..ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun.Ateh : Mengangguk…… (tanda faham ler tue…… dia nie banyak ikut perwatakan ibu….penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit,sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut….diantara kami adik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam islam seperti ibu juga).Acik : Mana boleh macam tu tak aci lahhhhhh……kena gilir-gilirlah baru adil (dia nie memang kaki bangkang pun…..outspoken skit kalau dia tak puas ati).Ibu : Ingatlah…..jika anak-anak perempuan itu sayangkan ibu bapanya dan inginkan kebahagian ibu bapa nya di akhirat nanti… taatlah pada suami dan mentua ……...Acik : Macam kaum h**** lak…Dah kawin tak boleh gi rumah emak bapak.Ibu : Bukan macam tu……islam tu indah…….setiap anak-anak perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu…..dan seperkara lagi…..untuk menjaga suami tidak sesusah mananye… hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut ISLAM……JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA InsyaAllah dia tak akan ke mana…..kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga…Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala…

Ditakdirkan Allah Ateh bernikah dengan seorang pemuda yang yatim piatu……jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak berkahwin dengan pemuda yang masih mempunyai ibu- bapa…Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di KL)…

Dengan takdir Allah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba dirumah ibu. Ibu terkejut tapi saya rasa terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar…

Ibu :Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?

Abang ipar :Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia nie memang malu sakan dgn ibu)..Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu?.Abang ipar : Tidak bu…….saya izinkan keluarga saya beraya di sini..Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?.Abang ipar : Mereka tiada halangan.

(dalam hati saya rasa terkilan……….apalah ibu nie….biarkan jerlah Acik nak beraya disini).Ibu : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu.(abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu….lama gak ibu bergayut dengan besannya).

Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini. (sambil menitis airmata)Terima kasih kerana membawa anak dan cucu-cucu ibu ke sini.

Apabila habis bulan syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal dirumah. Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuan nya kearah islam tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka...Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulong tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang lain….(tak bo leh cerita panjang………dah masuk bab mengumpat lak…….).

Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya.

Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga……masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah seorang menantu yang disenangi. Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri……

sempurna kah sudah aku sebagai seorang menantu?

Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang solehah ?……

berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku dulu????????

Ya Allah…..berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai…..Aminnnnnn

.Moral of the story Jangan gaduh pasal balik raya la, pakat baik2.Buat anak lelaki,tanggungjawab kat ibu sampai salah seorang (anak tu atau ibu) menemui ajalnya.Buat para isteri a.k.a anak perempuan , jangan sampai jadikan suami anak derhaka…


50 fakta tentang lelaki dan perempuan~



1. Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.

2. Sperma laki-laki yang menentukan jenis kelamin bayi.

3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi laki-laki 2 bulan lebih lambat.

4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi laki-laki daripada bayi perempuan.

5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada laki- laki dan rata-rata berat otak laki-laki 1,4 Kg, wanita kurang dari itu.

6. Pergantian kelamin lebih banyak dilakukan lelaki.

7. Basikal laki-laki mempunyai setang/palang di tengah basikal.

8. Wanita sangat menimbang-nimbang masalah dan perubahan sehari-hari ( misal : penggunaan alat baru ).

9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang panggul untuk proses persalinan. Lebih banyak timbunan lemak pada punggong, Laki-laki lebih banyak timbunan lemak pada perut.

10. Wanita kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.

11. Laki-laki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri ( logika ) lebih sedikit pada wanita. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada wanita.

12. Wanita lebih baik indra penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.

13. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada laki-laki.

14. Kemampuan indra lelaki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada wanita.

15. Hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan, laki-laki dua kali lebih banyak.

16. Lebih dari dua kali pada wanita cenderung homoseksual pada usia 45 tahun daripada laki-laki.

17. Pada saat usia tua wanita mengalami kerontokan rambut, pada usia yang sama sebagian besar laki-laki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen ( hormon laki- laki ).

18. Mata laki-laki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.

19. Lebih banyak wanita menggunakan kacamata dan lensa kontak, antara usia 16 - 44 tahun.

20. Secara umum hidung laki-laki lebih besar daripada wanita. Sedangkan wanita rata-rata mempunyai bibir lebih besar dibanding laki-laki.

21. Rata-rata pendengaran laki-laki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37.

22. Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang dibanding laki-laki. Pita suara laki-laki lebih panjang dan saluran napasnya 30 % lebih besar.

23. Bagi Lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling berjauhan dengan ada ruang antara diantara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk di antara ruang jarak pembicaraan. Laki- laki lebih mudah tertekan pada kerumunan yang membatasi ruang geraknya.

24. Berpapasan dengan wanita pada jalanan ramai, laki-laki menghadapkan tubuhnya menghadap wanita yang dilewatinya. Wanita cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sadar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.

25. Wanita memproduk dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika masih dikandung, laki-laki terus memproduksi sperma hingga usia tua.

26. Kekuatan meramas tangan laki-laki dua kali lebih kuat daripada wanita.

27. Kira-kira 48 % laki-laki mendengkur ketika tidur, hanya 22 % pada wanita.

28. Wanita rata-rata 153 detik berada di toilet, laki-laki 113 detik.

29. Hubungan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup: 62 % wanita, 49 % lelaki.

30. Satu berbanding empat, wanita dibanding laki-laki yang berbicara gagap.

31. 30 % wanita secara sexual lebih aktif pada saat bulan purnama.

32. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kawin.

33. Ketika terjadi ketidak-sesuaian/tidak bertegur-sapa antara sesama jenis, laki-laki langsung menemui, wanita menjauhi.

34. Rata-rata laki-laki membaca lebih lama daripada wanita, tetapi lebih banyak dua kali wanita yang membaca daripada laki-laki.

35. Lebih dari dua kali ganda wanita yang hidup sendiri dibanding laki-laki setelah usia 65 tahun.

36. Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah, wanita warna biru.

37. Semua rekod Olimpik untuk kecepatan berenang, lari, lompat tinggi, lompat jauh dipegang atlet laki-laki.

38. Wanita lebih banyak menggunakan kataganti diri "Saya" dibanding laki-laki.

39. Laki-laki lebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian ukur ruang. Laki-laki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan ( abstrak dan logika ) pada waktu bersamaan.

40. Dalam 99 % pereputan tulang terjadi pada wanita setelah menopause, setelah hormon estrogen menurun. Tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan pembuluh darah, karena estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah naiknya kholestrerol.

41. Penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.

42. Perkawinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan usia lebih tua, dibanding pada wanita pada usia sama.

43. Lebih banyak wanita yang menyatakan dirinya sakit kronik daripada lelaki.

44. Penelitan di Australia, tiga kali ganda laki-laki dibanding wanita yang meninggal karena kanker paru-paru dan penyakit jantung. 45. Tetapi 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal karena kanser payudara pada tahun 1990.

46. Dalam status perkawinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri. 47. Penelitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86 % oleh laki- laki, 95 % penghuni penjara adalah pria.

48. Penelitian di England, anak laki-laki lebih mudah dibohongi /dipedaya daripada anak perempuan. 49. Wanita lebih berani, lebih dari 55 % wanita memeriksakan giginya secara rutin dibanding 40 % pada lelaki.

50. Wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.




wanita~

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman... Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya... Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab... Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.. Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya... Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan... Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus... Bahkan akan semakin membengkok... Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara.... Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata... Tapi binalah kepimpinan... Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya... Jinakkan diri kepada allah... Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu... Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

jururawat adalah manusia biasa~

"ish...tak ingin aku jadik 'nurse'.Pegang tahi org sakit!"

hurmmmm...kadang2 aku terasa bagai termakan kata-kata sendiri.

ha!ha!ha!

padan muka.


kini,sekarang aku bergelar seorang jururawat.

mungkin Tuhan mahu aku mengerti dan belajar perasaan menjadi seorang yang bergelar JURURAWAT..


mulanya,profession ini ku pilih sebab 'last choice'

dan pastinya bukan di sebabkan minat..

tapi,bila mendalami bidang ini..aku mula jatuh cinta..


dengan profession ini,aku belajar banyak perkara..

kerana aku berhadapan dengan banyak ragam manusia..

bukan setakat ragam pesakit,tapi juga para doktor..


cuma kadang-kadang terkilan dengan sikap sesetengah orang,

menganggap jururawat sebagai "amah"

dalam hati ingin mengatakan

"sial kau!kau ingat kau tu siapa??"

tapi,sabar mengatasi niat dihati..

tak sampai hati mengatakan hal sedemikan..

mungkin dia tidak berniat,sebab dia dalam keadaan sakit..


kadang-kadang berdepan dengan manusia yang..

"saya bayar maaa...saya punya suka laaa"

dalam hati ingin mengatakan

"kau bawa mati lah tu duit kau semua!"

tapi,dalam masa yang sama kesian juga..

mungkin dia tak tahu polisi-polisi,syarat2 yang dia tak boleh beli..hurmmmm


tapi,

pernah juga air mata ku menitis...

menyaksikan isteri meninggalkan si suami,

anak bongsu meninggalkan keluarga pada hari jadi nya,

terharu melihat kegembiraan seorang lelaki akan bergelar ayah...


kadang sedih melihat seorang nenek tua tiada berteman...

kadang menyampah bila melihat lagak anak2 tak ingin menyentuh pakaian ibunya sendiri yang dibasahi air kencing "what the hell?".


ketika memberi bantuan kecemasan,

aku sering berdoa

"ya Tuhan,kembalikan lah nafas nya"

membantu sedaya mungkin...

biar pun badan sendiri sakit gara2 "chest compression" & "bagging"

tapi adalah satu kepuasaan kalau melihat 'dia' selamat...

dan turut bersedih jika Tuhan lebih sayangkan nya...


para doktor?

ada banyak spesis.

dan yang peliknya,jururawat terpaksa menghafal stiap habit,ragam,apa yg di sukai dan di benci oleh sang doktor..

para doktor ni baca buku yang sama,

tapi dengan cara masing-masing...

haishhhhh...


ada yg beri arahan hanya sekali,

di tanya kali kedua-melenting!

hish...pasang recorder baru tawww....


"tulisan Doktor"????

aduiiiii...mmg payah.

hanya beberapa sahaja yg memiliki tulisan yang boleh di tafsir..

bak membaca tulisan zaman purbakala..

kalau ada penafsir tulisan,kan baguss..


ada yang asyik nak cepat..

ntah apa yang di kejar..

kadang2 ada yang tak reti bahasa..

tapi,siapalah jururawat di mata doktor??

pembantu jerrr...


kadang2

ingin juga bagi tumbukan sulung di muka doktor nih...

nasib baik lah peraturan wujud..

ingat dia sorang saja yang patut difahami?


tapi,bukan semua doktor mcm tuu yaaa...


apa2 pun,hanya jururawat faham perasaan seorang jururawat.