"ish...tak ingin aku jadik 'nurse'.Pegang tahi org sakit!"
hurmmmm...kadang2 aku terasa bagai termakan kata-kata sendiri.
ha!ha!ha!
padan muka.
kini,sekarang aku bergelar seorang jururawat.
mungkin Tuhan mahu aku mengerti dan belajar perasaan menjadi seorang yang bergelar JURURAWAT..
mulanya,profession ini ku pilih sebab 'last choice'
dan pastinya bukan di sebabkan minat..
tapi,bila mendalami bidang ini..aku mula jatuh cinta..
dengan profession ini,aku belajar banyak perkara..
kerana aku berhadapan dengan banyak ragam manusia..
bukan setakat ragam pesakit,tapi juga para doktor..
cuma kadang-kadang terkilan dengan sikap sesetengah orang,
menganggap jururawat sebagai "amah"
dalam hati ingin mengatakan
"sial kau!kau ingat kau tu siapa??"
tapi,sabar mengatasi niat dihati..
tak sampai hati mengatakan hal sedemikan..
mungkin dia tidak berniat,sebab dia dalam keadaan sakit..
kadang-kadang berdepan dengan manusia yang..
"saya bayar maaa...saya punya suka laaa"
dalam hati ingin mengatakan
"kau bawa mati lah tu duit kau semua!"
tapi,dalam masa yang sama kesian juga..
mungkin dia tak tahu polisi-polisi,syarat2 yang dia tak boleh beli..hurmmmm
tapi,
pernah juga air mata ku menitis...
menyaksikan isteri meninggalkan si suami,
anak bongsu meninggalkan keluarga pada hari jadi nya,
terharu melihat kegembiraan seorang lelaki akan bergelar ayah...
kadang sedih melihat seorang nenek tua tiada berteman...
kadang menyampah bila melihat lagak anak2 tak ingin menyentuh pakaian ibunya sendiri yang dibasahi air kencing "what the hell?".
ketika memberi bantuan kecemasan,
aku sering berdoa
"ya Tuhan,kembalikan lah nafas nya"
membantu sedaya mungkin...
biar pun badan sendiri sakit gara2 "chest compression" & "bagging"
tapi adalah satu kepuasaan kalau melihat 'dia' selamat...
dan turut bersedih jika Tuhan lebih sayangkan nya...
para doktor?
ada banyak spesis.
dan yang peliknya,jururawat terpaksa menghafal stiap habit,ragam,apa yg di sukai dan di benci oleh sang doktor..
para doktor ni baca buku yang sama,
tapi dengan cara masing-masing...
haishhhhh...
ada yg beri arahan hanya sekali,
di tanya kali kedua-melenting!
hish...pasang recorder baru tawww....
"tulisan Doktor"????
aduiiiii...mmg payah.
hanya beberapa sahaja yg memiliki tulisan yang boleh di tafsir..
bak membaca tulisan zaman purbakala..
kalau ada penafsir tulisan,kan baguss..
ada yang asyik nak cepat..
ntah apa yang di kejar..
kadang2 ada yang tak reti bahasa..
tapi,siapalah jururawat di mata doktor??
pembantu jerrr...
kadang2
ingin juga bagi tumbukan sulung di muka doktor nih...
nasib baik lah peraturan wujud..
ingat dia sorang saja yang patut difahami?
tapi,bukan semua doktor mcm tuu yaaa...
apa2 pun,hanya jururawat faham perasaan seorang jururawat.
No comments:
Post a Comment