Adds

warna tema perkhawinan dan personaliti anda~

Warna yang anda pilih untuk majlis perkahwinan anda mencerminkan personaliti dan gaya anda. Ia boleh menimbulkan suasana romantis dan juga merealitikan kegembiraan anda dengan warna-warna ceria. Warna  juga memepengaruhi mood dan menyerapkan aura sensual, keselesaan, harmoni dan bermacam-macam lagi. Dengan citarasa warna yang pelbagai, daripada warna terang ke pastel, berkilat ke matte, warna tema perkahwinan anda dapat menceritakan tentang anda secara kesimpulannya. Tidak kira anda memilih warna tema perkahwinan anda berdasarkan warna kegemaran atau memilih warna yang kena dengan peredaran semasa, cik chubby telah mengumpul pelbagai warna tema perkahwinan dan apa kata ia tentang anda.


HITAM

Warna hitam dikatakan warna yang lebih konservatif kerana ia boleh disuai padan dengan pelbagai warna, terutamanya warna yang lebih terang dan lembut. Berperwatakan unggul dan misteri, hitam menimbulkan unsur seksi dan sofistikated dengan sedikit suntikan moden. Hitam juga memberi definisi klasik, tidak mengikut peredaran zaman. Sebagai pilihan yang menonjolkan erti mewah, hitam kelihatan elegan walau dalam zaman mana pun anda berada.

PUTIH
Simbolik dengan kesucian dan murni, putih juga memberi definisi muda dan kesempurnaan. Pengantin yang memakai warna putih biasanya mencari kegemilangan dan perkahwinan yang bertakrif puncak kerana mereka mendefinisikan kesempurnaan tidak semestinya perlu berlebih-lebih. Less is more. Putih merupakan warna yang bukan sahaja melambangkan kebersihan malah memberi ertikata lain sebagai permulaan hidup baru yang bakal dihiasi cinta dengan aman dan harmoni.

MERAH

Merupakan pilihan berani dan romantis, merah juga bersimbol aktif. Dilihat sebagai bersemangat dan bercita-cita tinggi, merah juga merupakan simbol cinta dan marah. Walau ditakrifkan sebagai kegembiraan, keraian atau kemewahan, merah mampu membangunkan kedua-dua spektrum emosi. Pasangan merah dikatakan optimis dan tidak pernah duduk diam, dan juga senang bergaul dengan mereka yang tidak komplikated. Merah merupakan pilihan yang lebih garang, dan mampu mempersembahan pengantin yang bakal menarik perhatian ramai!

PINK
Lembut, penuh kewanitaan, merah jambu ialah evolusi jambu daripada merah. Dengan kelembutan yang ada, merah jambu mendefinisikan kesensitifan hati, yang sentiasa melindungi dan menyayangi. Pengantin perempuan merah jambu kelihatan penuh dengan sifat keibuan, yang sentiasa melindungi yang tersayang dengan sepenuh perhatian.

ORANGE
Spontan dan berani, Si pengantin yang memilih jingga adalah mereka yang sentiada menonjol. Ini kerana jingga adalah warna terang yang mewakili kegembiraan dan mengikut peredaran fesyen. Si pemakai jingga biasanya  seorang yang popular, sentiasa penuh dengan semangat dan mempunyai ramai kenalan. 

KUNING
Warna si matahari, kuning menimbulkan rasa gembira dan harapan. Memiliki karektor menyenangkan, tenaga dan humor, si pengantin kuning biasanya punya personaliti yang optimis dan sentiasa kelihatan riang. 

HIJAU
Warna-warna hijau menimbulkan unsur hidup, segar, alam dan kesuburan. Si pengantin hijau pasti mengutamakan kesihatan dan alam. Sebagai warna harmoni dan seimbang, hijau merupakan gabungan si kuning panas dan si biru sejuk. Merupakan warna yang menenangkan dan aman, pengantin hijau adalah seorang yang penyayang, jujur dan bertanggungjawab. 

BIRU
Menenangkan, sentiasa mengambil berat tentang orang lain, dan cool, biru melambangkan keamanan dan diraja. Si pengantin biru merupakan seorang yang berhati-hati, introspektif, koncervatif dan penyabar. Berunsur ketenangan, pasangan biru  adalah setia dan memerlukan suasana tenang dan harmoni. 

PURPLE
Sentiasa dikaitkan sebagai mewah dan diraja, ungu ialah warna yang penuh emosi. Ia merupakan simbol hormat, bertolak ansur dan bernilai. Pengatin ungu violet cenderung tidak convensional dan suka memerhati, serta punya pelbagai personaliti. Seorang yag bertolak ansur dan bijak, si penggemar ungu sentiasa menerima layanan istimewa di mata masyarakat. Si penggemar lavender dan lilac pula dikatakan mempunyai fizikal yang menarik, pandai dan berbudi bahasa manakal si ungu gelap pula adalah seorang yang kreatif dan berbakat.

COKLAT
Merupakan warna natural, neutral bumi, coklat melambangkan seorang yang bertanggungjawab dan mempunyai kesihatan dan fizikal yang baik. Ia merupakan simbol menyenangkan dan kepuasan, juga kejujuran. Sesuai untuk perkahwinan, coklat merupakan definisi realiti, bertanggungjawab dan teguh.

hah... cer teka cik chubby agak-agak pilih warna apa??????

1 comment:

  1. saya suka purple and blue....hehe...
    untuk awak sy cadangkan merah and pink...

    ReplyDelete