Adds

BIRO TATANEGARA~

yeay... pg tadi kami telah di hantar ke kem BTN masing2... daku di tempatkan di kem BUMI JATI A...
dekat sini, daku di tempatkan same dengan my bestie~ besh tau.. huhu....
 td pn, ade dapat cikit penerangan la tentang btn ni.... erm... ape itu BTN??
Biro Tatanegara (BTN) merupakan sebuah agensi kerajaan yang pada asalnya mulai tahun 1974 ditubuhkan di bawah Program Belia dan dikenali sebagai Unit Penyelidikan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Pejabatnya pada ketika itu ialah di Wisma Keramat, Kuala Lumpur.
Pada Oktober 1981, Unit Penyelidikan Belia telah diletakkan terus di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Ibu Pejabat Unit Penyelidikan Belia ketika itu ialah di Jalan Kelantan, Kuala Lumpur. Pada Jun 1982, namanya telah ditukar kepada Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri dan tiga buah pejabat cawangan telah wujudkan di zon utara, selatan dan timur. Seterusnya, pada tahun 1983, BTN berpindah ke bangunan JKR 742, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur. Mulai tahun 1986, BTN cawangan negeri telah diwujudkan dan sehingga kini BTN mempunyai 14 cawangan negeri.
Selain daripada mempunyai Ibu Pejabat dan BTN Cawangan Negeri, BTN juga mempunyai beberapa buah kem yang digunakan sebagai tempat melaksanakan aktiviti Program Bina Negara. Kem Bina Negara yang pertama dibina ialah pada tahun 1987 iaitu Kem Bina Negara Langkawi dan diikuti dengan beberapa buah kem lain. Sehingga kini BTN mempunyai 16 buah Kem Bina Negara dan sebuah pusat latihan di seluruh negara.
Pada tahun 1981, selaras dengan keputusan Kerajaan, fungsi BTN telah diperluaskan untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan semua lapisan masyarakat termasuk belia, pelajar, kakitangan kerajaan dan sektor swasta.
Seterusnya pada November 1986, aktiviti BTN diperjelas dan diperkembangkan kepada melatih pemimpin dan bakal pemimpin supaya mereka mendukung usaha-usaha pembangunan dalam beberapa bidang seperti agama, sosial, politik, ekonomi dan pendidikan.
Pada tahun 1992, Jawatankuasa Penyelaras Latihan Sikap yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri telah memutuskan BTN melaksanakan Program Bina Negara yang melibatkan penganjuran kursus, seminar dan aktiviti yang bercirikan latihan perubahan sikap. Program Bina Negara telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri serentak dengan Kursus Bina Negara Perdana 1 yang diadakan pada 1 hingga 4 Januari 1992.
Matlamat Program Bina Negara adalah seperti berikut :
  1. Mempertingkatkan komitmen rakyat kepada wawasan negara dan usaha-usaha ke arah kecemerlangan negara.
  2. Mempersiapkan rakyat supaya menunjangi dasar-dasar negara ke arah pembangunan demi kesejahteraan bangsa.
  3. Membina kemampuan rakyat menghadapi cabaran dan memperkasa keupayaan meningkatkan daya saing dalam segenap bidang kehidupan.
  4. Membina keupayaan rakyat Malaysia menangani kelemahan, meningkatkan keyakinan menerokai pembaharuan dan sekali gus mampu mengenal pasti dan menggembleng kekuatan ke arah kemajuan.
  5. Membina komitmen rakyat Malaysia terhadap tugas dan tanggungjawab ke arah mencapai kecemerlangan dan kesempurnaan pelaksanaan amanah dan tanggungjawab.
  6. Membina semangat patriotisme dan ketaatan yang tinggi terhadap negara dan perjuangan bangsa.




my bestie yang same2 g BTN...
xsabar menantikan aktiviti hari esk......... ianya akan di mulakan dengan tema TAHI CICAK... hahaha
me n wana~

meneliti jadual untuk esok~



No comments:

Post a Comment