Adds

funny facts~

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinkidan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dandibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akanmenghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satubahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat,seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihansemasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidakdapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akandapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-keretatersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ....Italy....,jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dariwatak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh FedericoFellini pada tahun 1960. Dalam bahasamelayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenalidengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lamadaripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang jugadigelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarikbutir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarikkereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabiladiganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akanmemutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekorsudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak bolehmenyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupuntelah keluar kadangkala hingga beribu kilometerdaripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Inikerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempelengadalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi,walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabiladia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratustahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, apielektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tigabulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsungtentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jikanasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kitaakan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga bolehdigunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yangdimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post initelah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

No comments:

Post a Comment