Adds

funny facts~

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinkidan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dandibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akanmenghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satubahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat,seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihansemasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidakdapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akandapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-keretatersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ....Italy....,jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dariwatak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh FedericoFellini pada tahun 1960. Dalam bahasamelayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenalidengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lamadaripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang jugadigelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarikbutir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarikkereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabiladiganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akanmemutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekorsudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak bolehmenyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupuntelah keluar kadangkala hingga beribu kilometerdaripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Inikerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempelengadalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi,walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabiladia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratustahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, apielektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tigabulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsungtentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jikanasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kitaakan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga bolehdigunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yangdimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post initelah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

cara mudah belajar English~

nurse A : weh, nampak x mat saleh tu? die macam nk anye sumthing je.. ko g la....
nurse B : ko gile?? ko la g... patient ko kn??
nurse A : aku xpandai nk cakap english sangat... tergeliat lidah aku nanti....
nurse B : ko ingat aku tau ke, ish, die nk datang sini u... baik aku blah dulu...
nurse A : eh, aku pun nk g toilet la.....


hahaha... camane tu?? kan xseronok bile bende macm ni berlaku... betul tak??
meh sini, nk bagitau ckit la, tips2 nk belajar english dengan mudah~



Tip 1: Tonton filem dengan sari kata Bahasa Inggeris

Bagi anda yang selalu menonton filem-filem atau cerita animasi, anda digalakkan untuk menonton filem/dokumentari yang menggunakan Bahasa Inggeris atau filem-filem luar negara yang menggunakan sari kata Bahasa Inggeris. Elakkan daripada menggunakan sari kata Bahasa Melayu. Ini bertujuan agar anda dapat menambahkanvocabulary anda seterusnya berupaya membina tatabahasa. Namun, jangan pula terikut-ikut dengan ciri-ciri negatif yang ditayangkan oleh filem-filem ini. Cari filem yang sesuai dengan anda.

Tip 2: Games yang menggunakan Bahasa Inggeris

Jika anda merupakan gamers tegar, dalam konteks ini, permainan seperti DotA atau Pro Evolution Soccer mungkin tidak banyak membantu dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris anda. Carilah permainan yang banyak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai satu daripada ciri-ciri permainan itu sendiri. Dengan ini, akan akan selalu membelek kamus bagi mengetahui maksud perkataan yang anda kurang fahami.

Tip 3: Salin perkataan beserta maksud

Salin perkataan dan maksud yang anda baru perolehi dan letakkannya di tempat yang selalu anda kunjungi. Jika di asrama, mungkin meja belajar anda adalah tempat yang paling sesuai. Di rumah pula, anda boleh tulis pada sticky notes, kemudian letakkannya di pintu peti sejuk atau meja komputer anda. Ini bertujuan agar anda sentiasa melihat perkataan tersebut dan proses ini akan lebih menguatkan daya ingatan anda terhadap Bahasa Inggeris.

Tip 4: Rahsia Semua Bahasa Adalah Praktik!

Sebenarnya, rahsia semua bahasa di dunia ini adalah praktikaliti. Jika anda sekadar mengetahui teori, tetapi tidak mempraktikkannya, anda tidak akan dapat menguasai bahasa tersebut, hatta bahasa itu merupakan bahasa yang paling mudah di dunia. Latihan demi latihan diperlukan agar anda dapat menguasai bahasa selain daripada bahasa ibunda anda.
Jika anda tidak tahu bagaimana untuk mempraktikkannya, atau anda malu untuk mengucapkan bahasa ini di hadapan orang lain. Tip ke-5 ‘cara mudah belajar Bahasa Inggeris’ ini mungkin dapat membantu anda.

Tip 5: Membuat latihan di hadapan cermin

Jika anda malu untuk menggunakan Bahasa Inggeris di hadapan orang ramai, anda boleh menggunakan cermin sebagai refleksi bagi menggambarkan anda sedang berkomunikasi dengan orang lain. Dengan menggunakan cermin sebagai refleksi orang lain, anda dapat menghilangkan perasaan gemuruh anda, seterusnya membina keyakinan anda dalam berbahasa Inggeris.
Akan tetapi, jangan terlalu bergantung kepada cermin untuk membina keyakinan diri. Keyakinan daripada hasil latihan ini hanya berguna untuk anda mula berkomunikasi dengan orang lain dan ia tidak dapat membantu selamanya. Anda perlu juga sekali-sekali berhadapan dengan manusia sebenar yang boleh diajak berkomunikasi dalam bahasa ini.

Tip 6: Ubah Gaya Pemikiran Anda

Sebenarnya tip terakhir bagi artikel ’6 cara mudah menguasai bahasa inggeris’ ini merupakan kunci yang paling penting untuk anda menguasai Bahasa Inggeris. Anda perlu ubah dahulu pemikiran anda yang mengatakan bahawa, “Saya lemah/tidak boleh berbahasa inggeris“. Sekiranya anda dapat mengubah mind set ini, anda pasti dapat menguasai Bahasa Inggeris, percayalah.



how to stOp smoking~

1.senaraikan smua sebab knape anda nk brenti mrokok..baca snarai tu slalu supaya xlupe...=)

2.fikirkan faedah berenti merokok...jgn dok pikir betapa susahnya nk brenti tp pikir keseronokan yg mnanti bile anda da bebas dr rokok... 

3.cr kawan yg same2 nk brenti mrokok..nnti ade geng,lg bsemangat kan kan...boleh ar bg skongan satu same len...

4.cube tukar kepada jename rokok laen yg xsedap,yg anda xsuke. tukar pd rokok yg tar n nikotin nye rendah..ni untuk kurangkan ketagihan pd nikotin dgn syarat anda xsedut lebih dalam...

5.skali skala gantikan rokok dgn air kosong atau jus..

6.cube mrokok pd 1 tempat n jgn wat pkara laen smsa mrokok..khayal nnt...ble abes sbatang nnt nak lg plak..aisshh..jgn makan,minum,mlepak,mbaca pe suma sambil merokok..

7.p tanye kat doktor tentang ubat pganti nikotin..ni untuk hilangkan gejala jangka pendek yg mgkin timbul bile brenti mrokok..

8.jgn skali2 benarkan diri tu berpikir.."skali ni aje mrokok,pasni xde dah.."..sbb nnti anda akn trus-trusan mrokok...sia2 je la usaha anda slama ni taw...=(

9.elakkan tempat yg mgalakkan anda nk mrokok...klu ade mmbe nk mrokok 2,dok ah jejauh sat..hihi...

10.kalau rase tension xpat mrokok,cube p jenjalan...tenangkan diri...=)

11.nnti ble da boleh brenti mrokok,da boleh kontrol diri 2,pe lagi...buang ler rokok2 yg tinggal..ashtray n lighter 2 humban je skali...=)

12.pegi klinik gg nanti wat dental treatment untuk cuci gg dr kesan mrokok 2 ha...buruk aihh..=P

13.minum air banyak2 shari..skurang2 nye 8 gelas shari..kalau xsuke mnum air kosong,minum la air limau 2 pon boleh...

14.elakkan minum alkohol,kopi or minuman laen yg bkait dgn tabiat mrokok anda...

15.lepas makan p gosok gg..nak ilangkan tabiat mrokok anda..=)

16.ingat la org yg anda syg n yang sygkan anda...tiap2 ari dorang ngadap anda isap rokok n hidu asap rokok 2...isshh..cian...silap2 dorg mati dulu taw sbb ari2 asek hidu asap rokok...isk isk isk....nak2 if dorang ade pnyakit kronik..kompem cepat jalan nnt...=(

17.bekas prokok slalu tringat nk mrokok ble tgh tensen,kcewa,marah,sunyi n risau,..so...cube lawan rase tu dgn mengaji,solat or bersenam,p la men futsal ke ape ke kan..pastu wat la pape kije yg boleh elak dr tringat nk mrokok 2..

18.pastu cube anda byangkan,..duit 2 dr beli rokok 2..bek anda kompol wat benda len...silap2 leh kompol wet nk kawen,beli uma,beli kete...hahahahahah....besh x?

19.pikirkan penyakit yg bakal menanti ble anda mule mrokok..kanser paru2,sakit jantung,kanser mulot...mcm2 pnyakit dpt..ishh..ngerinyee...sayangla nyawa anda 2...hargai ia sbaik mgkin..

da try wat sume kat atas tu.insyaAllah anda akn bjaya..pokok pangkal nye diri anda...betulkan niat 2...insyaAllah akn dpermudahkan.=)


selamat la chenta hati saye xmerokok~